Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa terselamat serangan di Florida mencabar Trump

-

FORT LAUDERDALE: Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan beramairam­ai di sekolah Parkland mencabar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kelmarin berhubung kaitannya dengan Persatuan Raifal Kebangsaan ( NRA) yang berpengaru­h, ketika ribuan berhimpun di Florida menuntut tindakan segera ke atas kawalan senjata api.

Tiga hari selepas seorang remaja bermasalah bersenjata­kan selaras raifal serangan membunuh 17 orang di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, Emma Gonzalez, 18, menyampaik­an ucapan berapi-api di hadapan pelajar, ibu bapa dan penduduk di Fort Lauderdale.

“Kepada setiap ahli politik yang menerima derma daripada NRA, anda patut berasa malu!” katanya lantang lantas mengecam Trump berhubung sokongan jutaan dolar yang diterima kempennya daripada pelobi senjata api berkenaan.

Orang ramai pula melaung: “Anda patut berasa malu!”

“Kami akan menjadi (mangsa) serangan beramai-ramai terakhir.

“Kami akan mengubah undang-undang,” ikrarnya lantas membidas hakikat bahawa penyerang, Nikolas Cruz, 19, dapat membeli senjata api separa automatik secara sah walaupun mempunyai sejarah kelakuan ganas yang membimbang­kan.

“Persoalan mengenai sama ada orang harus dibenarkan untuk memiliki senjata automatik ataupun tidak bukan persoalan politik.

“Ia adalah persoalan mengenai hidup atau mati dan perlu dihentikan daripada menjadi persoalan politik,” kata Gonzalez kepada AFP selepas ucapannya.

Di Washington, reaksi politik menjejaska­n pelobi senjata api berpengaru­h NRA masih kuat, manakala Trump sendiri membayangk­an punca sebenar serangan tembakan beramai-ramai adalah krisis kesihatan mental dan tidak menyebut tentang kawalan senjata api.

“Jika presiden mahu berjumpa dengan saya dan memberitah­u saya di hadapan saya bahawa ia adalah satu tragedi dahsyat dan tidak ada apaapa yang akan dibuat mengenainy­a, saya akan dengan gembira bertanyaka­nnya berapa banyak wang yang telah diterimany­a daripada NRA,” kata Gonzalez dalam ucapannya yang bersemanga­t.

“Ia tidak penting kerana saya sudah tahu, jumlahnya AS$30 juta,” katanya, sambil memetik jumlah yang dibelanjak­an NRA untuk menyokong kempen pilihan raya Trump dan menewaskan Hillary Clinton.

Dia kemudian membaca senarai hujah pelobi senjata api, contohnya, “seseorang yang baik dengan senjata api menghalang seseorang yang jahat dengan senjata api”, dan tidak ada undang-undang yang dapat menghalang seorang lelaki gila yang mempunyai niat untuk membunuh dan menjawab setiap hujah sebagai sesuatu yang dibuat-buat.

Ucapan berapi- api gadis itu segera tular dan namanya menjadi topik trending utama dalam Twitter.

Trump ‘tweet’ sehari selepas pembunuhan beramairam­ai itu bahawa jiran dan pelajar lain gagal memaklumka­n tentang Cruz kepada pihak berkuasa.

“Kami ada memaklumka­n,” jawab Gonzalez, dengan suara yang bergetar penuh emosi apabila menegaskan komuniti mereka sedaya upaya memberikan amaran.

“Berkali-kali, sejak dia di sekolah menengah lagi.

“Justeru tidak mengejutka­n sesiapa yang mengenalin­ya apabila mendengar bahawa dia adalah penembak itu.”

Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) pada Jumaat lepas mengakui ia menerima amaran mengerikan pada Januari lalu daripada seorang pemberi maklumat yang mendakwa Cruz mungkin merancang serangan tembakan beramairam­ai, tetapi ejen tidak mengambil tindakan susulan.

Cruz juga dikenali polis tempatan selepas ibunya kerap kali melaporkan tindakanny­a yang ganas, manakala rekod yang diperolehi akhbar South Florida Sun Sentinel menunjukka­n pihak berkuasa menyiasat Cruz pada 2016 selepas dia mencederak­an tangannya dalam aplikasi pesanan Snapchat dan mengugut untuk membeli senjata api.

Akhbar itu, yang memetik dokumen Jabatan Kanak-kanak dan Khidmat Keluarga, berkata siasatan itu dibuat empat hari selepas Cruz berusia 18 tahun, seorang dewasa yang sah dan boleh membeli senjata api.

Penyiasat berkata, terdapat beberapa implikasi bagi keselamata­n remaja itu, tetapi merumuskan tahap risiko terakhirny­a rendah kerana dia tinggal bersama ibunya, pergi ke sekolah dan menerima khidmat kaunseling sebagai pesakit luar di pusat kesihatan mental, kata akhbar Sun Sentinel.

 ?? — Gambar AFP ?? TRUMP MEMALUKAN: Gonzalez menahan sebak semasa menyampaik­an ucapan pada rali kawalan senjata api di hadapan Mahkamah Persekutua­n Daerah Broward di Fort Lauderdale, Florida kelmarin.
— Gambar AFP TRUMP MEMALUKAN: Gonzalez menahan sebak semasa menyampaik­an ucapan pada rali kawalan senjata api di hadapan Mahkamah Persekutua­n Daerah Broward di Fort Lauderdale, Florida kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia