Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak peruntukan dibelanja untuk subsidi dalam pelbagai sektor

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaru­h dengan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediaka­n subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menegaskan bahawa kerajaan membelanja­kan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam pelbagai sektor, perdana menteri berkata beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediaka­n subsidi untuk rakyat mengurangk­an kos sara hidup.

“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkut­an seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

“Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan. Kerajaan juga memperuntu­kkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun,” katanya menerusi catatan di blog rasmi www. najibrazak. com beliau, semalam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, menjelaska­n se- banyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan pada 2018 meskipun kutipan dalam sektor itu hanya RM600 juta, menjadikan perbelanja­an selebihnya ditanggung penuh kerajaan.

Sejak 2012, beliau berkata yuran wajib dikecualik­an sepenuhnya di sekolah kerajaan dan kerajaan turut membiayai kira-kira 90 pera- tus daripada yuran pengajian universiti.

“Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885. Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

“Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan,” katanya.

Bagi sektor perumahan, Najib berkata kerajaan menyediaka­n subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Generasi Kedua FELDA, Rumah Bina Negara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan banyak lagi. — Bernama

Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan. Kerajaan juga memperuntu­kkan subsidi

tahun.” kesihatan yang tinggi setiap Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBANGGAK­AN: Wan Nur Mafudah (kanan) bergambar bersama bapanya Wan Yusof (tengah) dan ibunya Zainah ketika ditemui di Kampung Tok Raja Jertih, Besut semalam.
— Gambar Bernama MEMBANGGAK­AN: Wan Nur Mafudah (kanan) bergambar bersama bapanya Wan Yusof (tengah) dan ibunya Zainah ketika ditemui di Kampung Tok Raja Jertih, Besut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia