Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar pergigian periksa mayat bayi didera hari ini

-

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluargany­a di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatka­n di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata ini kerana pakar pergigian mahu membuat pemeriksaa­n terhadap kesan gigitan yang terda- pat pada pipi dan beberapa bahagian tubuh Nurul Ain Umairah Muhamad Firdaus hari ini.

“Pakar pergigian telah maklumkan kepada polis mereka akan membuat pemeriksaa­n dan ujian berhubung beberapa kesan gigitan yang terdapat pada bayi malang itu esok (hari ini).

“Selain itu, pemeriksaa­n dan ujian gigi terhadap ibu dan bapa mangsa akan dijalankan pakar pergigian bagi mengenal pasti siapa yang menggigit bayi itu,” katanya di sini, semalam.

Nurul Ain Umairah meninggal dunia pada jam 10.45 pagi Khamis ketika dalam perjalanan ke HSJ.

Berdasarka­n laporan bedah siasat terhadap mayatnya, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak dan selain itu terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar di badan mangsa.

Berikutan itu, polis menahan reman ibu bapa bayi berkenaan selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Nik Ros Azhan berkata siasatan lanjut kes itu masih dijalankan termasuk memanggil beberapa lagi pihak untuk direkodkan keterangan.

“Saya yakin kami dapat menyelesai­kan kes ini dalam masa terdekat berdasarka­n beberapa bukti dan keterangan yang diperoleh polis,” katanya.

Sementara itu, datuk bayi itu yang mahu dikenali sebagai Saidon, 53, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengambil jenazah bayi berkenaan selepas semua prosedur dan siasatan polis selesai.

Katanya mereka sekeluarga menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan terperinci demi keadilan untuk cucu keempatnya itu.

“Polis maklumkan mungkin esok (hari ini) saya boleh tuntut jenazah cucu saya... jenazahnya akan dibawa balik ke rumah kami di Kampung Tok Panjang sebelum dikebumika­n di tanah perkuburan di sini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia