Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib mengadakan kunjungan TBC di Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, semalam mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) di Miri.

Pasangan tersebut yang tiba di Miri semalam memulakan kunjungan ke kediaman tokoh korporat, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Miri Housing Datuk Lau Siu Wai di kediamanny­a di Taman Hilltop Utama di sini.

Syarikat Miri Housing merupakan salah sebuah syarikat pemaju perumahan yang utama di Miri.

Tun Taib dan isteri kemu- dian berkunjung ke kediaman Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, diikuti dengan kunjungan ke kediaman usahawan, pengarah urusan Kumpulan Syarikat Interhill di Luak Bay di sini.

Lawatan TBC pada sebelah siang semalam diakhiri dengan mengunjung­i kediaman pengasas Kumpulan Syarikat Samling Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng di Marina Bay di sini.

Turut mengiringi Tun Taib dan isteri sepanjang kunjungan berkenaan semalam ialah Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais dan isteri Datin Massenah Ahmad, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Sherrina Husaini dan Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sementara pada malam tadi, Tun Taib dan isteri serta rombongann­ya turut diraikan dalam majlis makan malam tertutup di kediaman usahawan terkemuka juga pengasas Kumpulan Syarikat Shin Yang Tan Sri Ling Chiong Ho.

Pasangan kenamaan tersebut dijangka berangkat balik dari Miri pagi ini untuk meneruskan kunjungan TBC mereka di bandar Sibu.

 ??  ?? ANGPAU: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama-sama memberi angpau kepada penari tarian singa di kediaman Hii, sambil disaksikan isteri Hii, Datin Lau Ngok Yung (kiri).
ANGPAU: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama-sama memberi angpau kepada penari tarian singa di kediaman Hii, sambil disaksikan isteri Hii, Datin Lau Ngok Yung (kiri).
 ??  ?? CUBA: Tun Taib cuba ‘bermain’ dengan ‘bola api’ tarian naga panjang semasa beliau dan isteri tiba di kediaman Lee, sambil disaksikan Lee (di sebelah kiri beliau), Toh Puan Ragad dan yang lainnya.
CUBA: Tun Taib cuba ‘bermain’ dengan ‘bola api’ tarian naga panjang semasa beliau dan isteri tiba di kediaman Lee, sambil disaksikan Lee (di sebelah kiri beliau), Toh Puan Ragad dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia