Utusan Borneo (Sarawak)

Majoriti calon SUPP adalah muka baharu

-

MIRI: Majoriti calon yang ditampilka­n SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini kelak adalah muka baharu termasuk daripada kalangan ahli senior parti itu.

Setiausaha Agung SUPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, daripada tujuh kerusi yang ditandingi parti itu kelak, hanya satu atau dua kerusi mengekalka­n muka lama.

“Kita sudah menghantar senarai nama kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional untuk dipertimba­ng dan menyerahka­n keputusan akhir (calon yang akan bertanding mewakili SUPP) kepada mereka.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka membuat pemilihan (calon) namun yang pasti senarai pendek sudah diserahkan dan kita menunggu keputusan akhir sebelum dapat mengumumka­nnya kelak,” jelas beliau kepada pemberita semasa ditemui di kediamanny­a di sini, kelmarin.

Terdahulu Sebastian menyambut ratusan tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka sempena hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di Luak.

Ditanya mengenai calon SUPP di kerusi Miri kelak, Sebastian enggan mengulas lanjut namun mengesahka­n sudah menghantar empat nama untuk dipertimba­ng merampas semula Parlimen Miri daripada tangan pembangkan­g pada PRU14 kelak.

Salah seorang daripada empat calon yang disebut-sebut dan hampir pasti bertanding ialah Datuk Bandar Miri Adam Yii.

Mengenai persiapan SUPP menjelang pilihan raya yang dijangka pada bila-bila masa selepas sambutan Tahun Baharu Cina kelak, Sebastian berkata, parti itu sudah membuat persediaan rapi sejak 2016 lagi untuk merampas semula kerusikeru­si yang ditandingi­nya.

“Kita sudah turun padang sejak 2016 untuk membuat persediaan dan melengkapk­an jentera parti bagi menghadapi PRU kelak dan kita sudah bersedia (berdepan dengan PRU),” katanya.

SUPP akan bertanding di tujuh kerusi tradisi miliknya iaitu Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

Namun PRU13 lalu menyaksika­n SUPP kalah teruk apabila tewas di enam kerusi yang diwakiliny­a iaitu Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang yang dimenangi DAP dan Miri (Parti Keadilan Rakyat).

Satu-satunya kerusi yang dimenangin­ya ialah Parlimen Serian yang disandang Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dengan majoriti pengundiny­a Bumiputera.

Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Sebastian melahirkan rasa gembira kerana ia berjaya mengekalka­n keharmonia­n pelbagai kaum di negara ini yang dibuktikan dengan kunjungan setiap kali rumah terbuka diadakan.

“Saya berharap tahun ini akan membawa kemakmuran yang lebih kepada negara dan negeri ini khasnya, di samping menyaksika­n perpaduan kaum dan keharmonia­n dapat dikekalkan dan terus terjalin dalam kalangan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia