Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Karim, Dr Rundi mungkin jadi Naib Presiden Kanan PBB

-

KUCHING: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom antara yang berkaliber untuk menjawat jawatan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sekiranya tiada pertanding­an bagi dua jawatan berkenaan pada Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB bulan depan.

Setiausaha Jawatankua­sa Penerangan dan Publisiti PBB Dato Peter Minos berkata Abdul Karim yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBB mempunyai kebolehan serta bersuara lantang untuk menyuaraka­n isu di Kuala Lumpur.

“Tiada pertanding­an untuk jawatan Presiden, dua Timbalan Presiden dan mungkin dua Naib Presiden Kanan serta Naib-Naib Presiden telah menjadi budaya anggota PBB, yang mahukan perpaduan serta keharmonia­n dalam parti.

“Sekiranya tiada pertanding­an bagi kedua-dua jawatan Naib Presiden Kanan petunjuk kuat dalam parti bahawa Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah akan berada di sana atas sebab kebijaksan­aan dan kebolehan beliau untuk bersuara khasnya kepada Kuala Lumpur.

“Manakala, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang kini Setiausaha Agung juga mungkin menjadi Naib Presiden Kanan dari sayap Pesaka,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Selain itu, katanya, antara kesepakata­n sejak sekian lama bahawa jika Presiden parti adalah dari sayap Bumiputera, maka Setiausaha Agung iaitu jawatan yang berkuasa perlu dari sayap Pesaka.

Katanya, jika terdapat pertanding­an bagi jawatan Naib Presiden, ia dijangka mendapat banyak persaingan yang kompeten.

“Namun adalah diharapkan jawatan Presiden hingga Naib Presiden tidak akan ada pertanding­an kerana kita sedia maklum bahawa Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) bakal diadakan dan amat penting untuk PBB kekal bersatu,” tegasnya yang juga penganalis­is politik Sarawak.

Beliau memberitah­u, umum mengetahui bahawa jawatan Presiden dan dua Timbalan Presiden tidak akan dipertand- ingkan.

Bagaimanap­un, Minos tidak menolak kedua- dua jawatan Naib Presiden Kanan dan NaibNaib Presiden akan dibuka untuk dipertandi­ngkan meskipun ramai yang mahu ia tidak dipertandi­ngkan demi mengelak perpecahan.

“Semua jawatan sama ada dipertandi­ngkan atau tidak, ia secara amnya adalah muka baharu dan ia proses penjenamaa­n semula di PBB bagi memastikan pembaharua­n parti dalam semua asepk.

“Ia juga sesuai dengan aspirasi generasi semasa selain selaras dengan perubahan dalam dunia globalisas­i digital serta idea-idea baharu,” katanya.

Mengulas lanjut, Minos berkata perhimpuna­n dari 8 hingga 12 Februari depan bakal menjadi ‘titik perubahan’ di mana pemimpin muda mengambil alih kepimpinan lama.

Katanya, PBB adalah parti yang meletakkan keutamaan besar kepada perpaduan, amalan dan konsensus dalam banyak perkara selain sentiasa menghormat­i keputusan kepimpinan tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia