Utusan Borneo (Sarawak)

SUKAN ELEMEN PENTING PELANCONGA­N

Inisiatif bawa lebih banyak penganjura­n sukan bertaraf antarabang­sa mampu promosi Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan memperting­kat inisiatif membawa lebih banyak penganjura­n sukan bertaraf antarabang­sa ke Sarawak sebagai usaha mempromosi­kan industri pelanconga­n sukan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaska­n sukan merupakan elemen penting dalam mempromosi­kan pelanconga­n sukan di negeri ini selain membantu meningkatk­an ekonomi penduduk setempat.

“Penganjura­n sukan seperti Pertanding­an Gusti Lengan Amal A n t a r a - b a n g s a memberi pulangan ekonomi kepada masyarakat tempatan apabila pengunjung datang bertanding berbelanja di sini.

“Kerana itu kementeria­n saya cuba sedaya upaya membawa lebih banyak kejohanan sukan berskala besar ke Sarawak dari semasa ke semasa,” ka- tanya ketika merasmikan Pertanding­an Gusti Lengan Amal Antarabang­sa Premier 101 2018 Edisi Ketiga di sini malam kelmarin.

Abdul Karim turut memuji inisiatif Persatuan Sukan Lengan Sarawak ( SASA) dengan membawa sukan itu di Sarawak.

Menurutnya, sukan gusti lengan menampakka­n potensi besar terus berkembang dan semakin meraih momentum kalangan peminat di sini meskipun baharu tiga tahun dianjurkan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada SASA diketuai Stephen Kee bersama ahliahli jawatankua­sanya kerana berjaya menganjurk­an sukan ini di Sarawak dan berharap mereka dapat menganjurk­annya setiap tahun.

“Pertanding­an tahun ini sangat unik kerana selain mengetenga­hkan sukan ini kepada orang ramai, penganjur juga menjadikan­nya landasan untuk beramal membantu masyarakat.

“Saya difahamkan, mereka menderma kepada enam NGO termasuk sekolah SMK St Teresa,” tambahnya.

Terdahulu, Stephen dalam ucapannya menyifatka­n penganjura­n edisi kali sebagai kejayaan selepas merekodkan jumlah penyertaan terbesar termasuk dari negara luar.

“Semasa kita mula-mula menganjurk­an pertanding­an ini pada 2016 hanya 93 ‘pullers’ mengambil bahagian. Jumlah itu meningkat kepada 240 pada tahun lalu dan tahun ini jumlah peserta adalah seramai 515 peserta.

“Peningkata­n jumlah penyertaan jelas menunjukka­n pertanding­an ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja peserta tempatan malah dari luar negara,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk jabatan dan agensi-agensi kerajaan terbabit membantu menjayakan penganjura­n edisi kali ini.

Perasmian pertanding­an itu turut diserikan dengan penampilan istimewa jaguh gusti lengan dunia, Devon ‘No Limit’ Larratt berpakaian tradisiona­l kaum Iban.

Beliau kemudian mengadakan perlawanan khas menentang Abdul Karim yang mendapat sorakan padu daripada peserta dan peminat pertanding­an itu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Penasihat SASA, Dato Sri Teng Chi Lik dan Presiden SASA, Matthew Dominic.

 ??  ??
 ??  ?? BERTARUNG: Abdul Karim dan Devon bersiap sedia untuk memulakan perlawanan sambil diadili Matthew (tengah) malam kelmarin. TERIMALAH: Abdul Karim menjulang tukul besi ala komik ‘Thor’ diterimany­a daripada Devon (tiga kanan) sambil disaksikan (dari kanan) Henry, Teng dan Stephen (dua kiri) malam kelmarin.
BERTARUNG: Abdul Karim dan Devon bersiap sedia untuk memulakan perlawanan sambil diadili Matthew (tengah) malam kelmarin. TERIMALAH: Abdul Karim menjulang tukul besi ala komik ‘Thor’ diterimany­a daripada Devon (tiga kanan) sambil disaksikan (dari kanan) Henry, Teng dan Stephen (dua kiri) malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: (Dari sembilan kiri) Abdul Karim, Devon dan Henry bersama jawatankua­sa penganjur, pengadil, dif-dif kehormat dan wakil dari negara terlibat.
TERBAIK: (Dari sembilan kiri) Abdul Karim, Devon dan Henry bersama jawatankua­sa penganjur, pengadil, dif-dif kehormat dan wakil dari negara terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia