Utusan Borneo (Sarawak)

BigPay dikawal selia oleh BNM miliki protokol keselamata­n terkini

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, semalam berkata e- dompet BigPay syarikat penerbanga­n itu mampu menawarkan sekurang-kurang 4.0 peratus penjimatan kos perjalanan dan kadar tukaran mata wang.

Aplikasi BigPay sudah boleh dimuat turun daripada Google Play store dan Apple App store, katanya menerusi akaun Twitter.

Pada Isnin, Fernandes mengumumka­n perkhidmat­an e-dompet BigPay, yang merupakan sebahagian daripada strategi digital AirAsia untuk meneroka pangkalan data 63 juta penumpang syarikat penerbanga­n tambang rendah itu.

Beliau berkata dompet elektronik BigPay juga akan menawarkan perkhidmat­an pengiriman wang dan kemungkina­n perkhidmat­an pinjaman wang kepada pelanggan AirAsia.

Maklumat mengenai BigPay di Google Play store menyatakan perkhidmat­an itu bertujuan mewujudkan pembayaran masa depan di Asia Tenggara dengan menyediaka­n akses wang yang terjamin dan mudah kepada pengguna pada bilabila masa dan tempat.

Ia menggabung­kan aplikasi mudah alih dengan fleksibili­ti Mastercard prabayar yang diterima di lebih 30 juta pedagang di seluruh dunia, yang membolehka­n pengguna mengurus kewangan secara digital. Nilai boleh ditambah menggunaka­n kad debit atau kredit mereka.

Laman aplikasi itu juga menjamin BigPay dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, selain memiliki protokol keselamata­n terkini, termasuk cap jari dan perakuan muka bagi mengesahka­n identiti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia