Utusan Borneo (Sarawak)

Chen Long tersingkir awal pada Masters Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pemain nombor empat dunia, Chen Long terpaksa akur tersingkir awal pada saingan Perodua Masters Malaysia selepas tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia pada pusingan pertama kejohanan berkenaan yang berlangsun­g di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini semalam.

Pemain Indonesia itu tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan mudah menewaskan Chen Long; 21-17, 21-15 dalam tempoh 43 minit permainan.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Chen Long yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, berkata beliau sangat kecewa dengan prestasi buruknya itu pada kejohanan pertama tahun ini.

“Permainan saya tidak begitu baik hari ini. Saya sangat kecewa dengan prestasi saya pada kejohanan pertama tahun ini. Selain itu, saya perlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan peraturan baharu Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) mengenai pukulan servis,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata kemenangan­nya itu adalah permulaan baik bagi tahun ini dan berharap lebih konsisten sepanjang minggu ini.

Beliau berkata kemenangan ke atas Chen Long bukan satu kejayaan yang besar kerana beliau pernah mengalahka­n pemain itu pada tahun lepas.

“Saya sangat berpuas hati dapat mengalahka­n Chen Long. Mungkin saya main ti- ada tekanan, saya juga pernah kalahkan beliau tahun lepas, memang peluang itu ada. Jadi saya hanya buat yang terbaik dan fokus di gelanggang.

“Chen Long juga banyak melakukan kesilapan, permainan beliau hari ini kurang bagus. Saya percaya ini bukan permainan sebenar beliau,” kata Anthony.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERSINGKIR: Chen Long ketika beraksi menentang Anthony pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City semalam.
— Gambar Bernama TERSINGKIR: Chen Long ketika beraksi menentang Anthony pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2018 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Lee (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori wanita pertanding­an Futsal Ambang 2018.
TAHNIAH: Lee (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori wanita pertanding­an Futsal Ambang 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia