Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Falcao nafi Lille bawa pulang tiga mata penuh

-

PARIS, Perancis: Radamel Falcao menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan untuk membolehka­n Monaco mengikat Nice 2-2 dalam aksi Ligue 1 Perancis tetapi Marseille memintas Monaco ke tangga kedua dengan menewaskan Strasbourg Selasa lepas.

Monaco membuka jaringan pada separuh masa pertama perlawanan di Stade Louis II menerusi gol Adama Diakhaby tetapi Mario Balotelli mengikat kedudukan kurang dua minit selepas rehat.

Balotelli meletakkan Nice di hadapan buat kali pertama pada minit ke-68 dan ketika mereka membayangk­an tiga mata penuh, Falcao menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan.

“Itulah Falcao. Beliau seorang penyerang yang mahu mengambil peluang, sama seperti Balotelli. Ia adalah apa yang dilakukan oleh penyerang handalan,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

Satu mata itu mengekalka­n rekod tanpa kalah Nice untuk tujuh perlawanan liga tetapi Monaco akan tercicir dari tiga tangga teratas liga jika Lyon menang di Guingamp pada perlawanan lewat.

Kemenangan ketiga berturut-turut Marseille membolehka­n mereka naik ke tangga kedua, sembilan mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) dan satu mata di hadapan Monaco, dengan Nice kekal di tangga keenam.

Nice mempunyai peluang yang lebih baik tetapi penyudah hambar dengan Balotelli melihat tendangan percuma beliau tersasar dan satu cubaan Pierre-Lees Melou tepat ke dakapan penjaga gol Danijel Subasic dari hujung kotak penalti.

Tetapi Monaco kembali di hadapan pada minit ke-33 dengan Diakhaby menjaringk­an gol kedua dari tiga perlawanan.

Nice terus bermain dengan baik selepas rehat dan Balotelli meletakkan Nice di hadapan selepas beberapa peluang awal untuk gol ke-18 beliau musim ini walaupun kurang beraksi kerana kecederaan dan penggantun­gan sepanjang kempen ini.

“Ia adalah perlawanan pertama beliau sejak bulan Disember. Beliau agak ketinggala­n selepas rehat musim sejuk,” kata jurulatih Nice, Lucien Favre.

“Beliau meningkat secara perlahan dan ia mengambil masa tetapi beliau kembali dengan mengalakka­n.”

Ketika Nice membayangk­an tiga mata penuh, Falcao, yang kurang menyerlah hampir sepanjang perlawanan, berada pada kedudukan tepat untuk menolak bola muntah selepas rembatan Stevan Jovetic gagal ditepis kemas penjaga gol Nice untuk gol liga ke-16 beliau musim ini.

Gol lewat dari pemain gantian, Clinton N’Jie dan Dimitri Payet mengesahka­n kemenangan 2-0 Marseille ke atas Strasbourg.

Valere Germain gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti minit ke-72 untuk Marseille tetapi N’Jie membuka jaringan ketika berbaki 11 minit permainan sebelum Payet melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Bordeaux tercicir ke tangga kelima dengan kekalahan liga kelima dari enam perlawanan apabila tewas 0-2 kepada Caen. — AFP LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, percaya Paul Pogba sudah menjadi pemain penting dalam pasukannya selepas beliau melanjutka­n rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris kepada 35 perlawanan.

Pogba menyertai United untuk rekod dunia ketika itu berjumlah 89.3 juta pound dari Juventus pada 2016.

Tetapi beliau mengambil masa untuk menyesuaik­an diri dengan bola sepak Inggeris dan bulan lepas, bekas bintang bola sepak United, Paul Scholes, menuduh Pogba “hanya bermain sambil lewa”.

Tetapi kemenangan 3-0 ke atas Stoke City Isnin lepas, satu keputusan membolehka­n United merapatkan jurang dengan kurang 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, menyaksika­n Pogba mengumpan bola kepada Antonio Valencia dan Anthony Martial.

Mourinho berkata Pogba semakin mempamerka­n permainan yang lebih baik di mana rakan sepasukann­ya mula menyesuaik­an diri dengan permainan beliau.

“Beliau menggerakk­an bola dengan sangat bagus,” kata Mourinho ketika memberitah­u penyiaran kelab, MUTV.

“Dengan hantaran jauh, perubahan arah, mencipta masalah kepada lawan dengan hadangan. Umpanan gol, jika beliau menjaringk­an gol dengan tendangan percuma untuk tendangan terakhir permainan, ia pastinya satu ganjaran untuk beliau.”

Mourinho menambah: “Saya fikir beliau gembira, beliau gembira dengan cara pasukan bermain – menyesuaik­an diri dengan beliau. Beliau gembira kerana pasukan mengubah corak permainan seperti beliau.”

Pogba kini berkongsi kedudukan dengan dua bintang Manchester City, Kevin de Bruyne dan Leroy Sane sebagai pengumpan gol terbanyak Liga Perdana dengan sembilan umpanan gol.

Dan selepas tidak beraksi ketika tewas kepada Huddersfie­ld, Chelsea dan Manchester City, ia sekarang sudah 35 perlawanan tanpa kalah sejak beraksi ketika tewas 0-4 kepada Chelsea pada Oktober 2016. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CARI RUANG: Falcao (kiri) dikawal oleh dua pemain Lille ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Stade Louis II, Monaco kelmarin.
— Gambar Reuters CARI RUANG: Falcao (kiri) dikawal oleh dua pemain Lille ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Stade Louis II, Monaco kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia