Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sindiket besar terlibat curi kenderaan di Malaysia

-

BANGKOK: Penangkapa­n Robin Hai atau Nyo Ah Hai, dalang utama kepada sindiket curi kenderaan dengan operasi merentasi sempadan beberapa negara di rantau ini telah memberi kesan mendalam terhadap jenayah curi kenderaan di Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia Datuk Khairuldin Saad berkata, jenayah curi kenderaan di Malaysia kini hanya dilakukan oleh kumpulan ‘samseng’ secara kecil-kecilan.

“Tiada sindiket besar (yang terlibat dalam jenayah curi kenderaan di Malaysia). Selepas penangkapa­n Robin Hai, jenayah curi kenderaan semakin berkuranga­n dan statistik (jenayah terbabit) juga menurun,” katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.

Penurunan indeks jenayah curi kenderaan di Malaysia turut diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Selama beberapa tahun, Robin Hai yang memiliki alamat di Pulau Pinang diburu Polis Malaysia, Indonesia dan Singapura, tetapi akhirnya dia berjaya ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi oleh pihak berkuasa Republik Singapura pada Mei 2014.

Menurut laporan media Singapura, dia dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan oleh mahkamah Singapura pada akhir Jun 2015 selepas mengakui peng- libatannya dengan sindiket curi kenderaan.

Sejak 2008 hingga 2013 sindiket diketuai oleh Robin itu mencuri sebanyak 176 kereta bernilai RM19 juta.

Khairuldin menganggar­kan kira-kira 25 kenderaan dicuri di seluruh negara setiap hari ketika ini berbanding 60 kenderaan dicuri secara purata sehari beberapa tahun sebelum ini, membuktika­n kejayaan polis dalam membantera­s jenayah itu.

Polis menurutnya kini menumpukan kepada usaha untuk terus membantera­s saki-baki mereka yang terlibat dalam jenayah curi kenderaan dengan menumpukan kepada usaha-usaha pendakwaan di mahkamah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia