Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kini terima banyak pendedahan perniagaan

-

KOTA MARUDU: Golongan wanita masa kini kian banyak menerima pendedahan tentang pelbagai pengetahua­n perniagaan meliputi terma dan pelbagai sektor seperti pelanconga­n, pertanian, perkhidmat­an, kontraktor dan perniagaan atas talian.

Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Dr Janathan Kandok berkata semua sektor itu boleh diaplikasi­kan di mana sahaja termasuk daerah terpencil seperti Kota Marudu.

“Usahawan perlu mengambil semua peluang yang ada untuk menjadi perniagaan sebagai platform untuk menjadi jutawan,” katanya yang juga pengarah Kastam Negeri Sabah.

“Perkara penting dalam se- tiap usaha ialah ketekunan dan kebijaksan­aan untuk menentukan pencapaian usaha yang dijalankan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Amal Kelab Wawasan AIM Kota Marudu di Dewan SMA Goshen yang dianjurkan ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Janathan, terdapat tiga golongan sasar di sini yang perlu dibela melibatkan penduduk berpendapa­tan rendah, sederhana dan atas yang menunjukka­n jurang ketara di mana golongan berpendata­n rendah masih merangkumi jumlah yang besar berbanding berpendapa­tan tinggi.

Terdahulu, Pengarah AIM Zon Sabah Noridah Abd Gafor berkata sebanyak RM992 juta telah dimanfaatk­an kalangan sahabat AIM untuk membantu mewujudkan sumber golongan berpendapa­tan rendah.

Beliau menyifatka­n Kelab Usahawan di sini menjadi kelab paling efisien dan cerdas di mana seramai 3,500 sahabat menganggot­ai AIM sejak ditubuhkan pada 1987 di negeri ini.

Pelbagai program dijalankan pada malam itu yang meliputi nyanyian karaoke berbayar, cabutan tiket bertuah, pertanding­an karaoke dan ‘King of the Night’.

Makan malam itu turut meraikan Pengurus AIM Wilayah Utara Zubairi Mohd Fazil yang telah mengakhiri tiga tahun perkhidmat­annya dan bertukar ke Johor Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia