Utusan Borneo (Sarawak)

IProperty anjur ekspo kediaman, pelaburan hartanah

-

KUALA LUMPUR: Laman web hartanah, iProperty.com Malaysia, akan menganjurk­an Pameran Pelaburan Kediaman dan Hartanah keempatnya di Mid Valley Exhibition Centre di sini dari 19 hingga 21 Jan.

Pameran itu bermatlama­t untuk mengetenga­hkan pelbagai jenis hartanah yang mempunyai akses langsung ke stesen transit seperti Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit dan KL Monorail, selain hartanah yang terletak dalam kawasan Greater Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Pameran itu memberi peluang yang sangat baik kepada pembeli rumah dan pelabur untuk meneroka projek daripada pelbagai pemaju utama, termasuk Gamuda Bhd, Mah Sing Group Bhd, Sunsuria Bhd, HCK Properties Sdn Bhd, Tropicana Corporatio­n Bhd dan Agresif Sdn Bhd.

“Lebih 17,000 pengunjung menghadiri pameran itu tahun lepas. Angka itu dijangkaka­n meningkat tahun ini memandangk­an jumlah pemaju yang terlibat, selain pembanguna­n yang akan diketengah­kan pada pameran tahun ini,” kata iProperty dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchand­ani, berkata Pembanguna­n Berorienta­sikan Transit atau Pembanguna­n Bersebelah­an Transit akan menyediaka­n pilihan untuk pembeli dan pelabur memiliki hartanah di Greater Kuala Lumpur, yang bersambung­an dengan rangkaian pengangkut­an yang sangat cekap.

“Penyiapan projek MRT 3 dua tahun lebih awal daripada jadual, selain pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk pengecuali­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an untuk pengurusan dan penyelengg­araan bangunan kediaman berstrata yang disediakan oleh pemaju, serta pengecuali­an cukai sebanyak 50 peratus sehingga RM2,000 ke atas pendapatan sewa hartanah kediaman, membuka peluang dan masa terbaik untuk membeli hartanah di Malaysia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Pelaburan Kediaman dan Hartanah, sila layari https://www.iproperty. com.my/expo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia