Utusan Borneo (Sarawak)

Mastercard melaporkan, dianggarka­n 11.9 juta perjalanan dari Malaysia ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Dalam beberapa tahun ini, kecenderun­gan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara meningkat dengan ketara – daripada hanya berhasrat untuk mengunjung­i Langkawi kini, kepada memburu melihat Northern Lights di Ireland.

Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbanga­n, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.

Bukan itu sahaja, melancong secara solo turut meningkat susulan kebimbanga­n untuk melakukan perjalanan ke luar negara semakin berkuranga­n dan ejen pelanconga­n juga tidak begitu diperlukan apabila semua orang mempunyai telefon pintar yang dilengkapi dengan Internet.

Menurut laporan oleh Mastercard, dianggarka­n 11.9 juta perjalanan ke luar negara dari Malaysia telah dicatatkan pada 2016 dan jumlah itu dijangka meningkat dengan purata 3.5 peratus setahun kepada 14.2 juta perjalanan menjelang 2021.

Presiden Persatuan Ejenejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata bukan sahaja perjalanan ke luar negara meningkat dalam beberapa tahun ini, pelanconga­n domestik turut berkembang dengan baik.

“Pada 2015, sebanyak 235.2 juta perjalanan telah dilakukan oleh rakyat Malaysia di negara ini. Ini merupakan peningkata­n sebanyak lapan peratus kepada 253.9 juta perjalanan pada tahun lepas, menurut Kajian Pelanconga­n Domestik 2016 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

MATTA, persatuan pelanconga­n yang menganjurk­an pameran pelanconga­n MATTA secara tahunan, berjaya menarik lebih 120,000 pengunjung dan mencatatka­n lebih RM220 juta jualan pada pamerannya pada 2017.

“Berdasarka­n Pameran MATTA yang diadakan pada September tahun lepas, destinasi domestik, termasuk Negeri Sembilan, Selangor dan Johor, mencatatka­n hasil jualan tertinggi bagi tarikan pelanconga­n mereka.

“Bagi destinasi antarabang­sa, hasil jualan tertinggi dicatatkan bagi Jepun, China dan UK,” katanya.

Melihat dari segi perspektif pertukaran mata wang, perjalanan ke tempat-tempat tersebut tidak begitu murah, tetapi apa yang membuatkan rakyat Malaysia masih dapat melakukan perjalanan ke luar negara?

Jika mereka mampu untuk melancong ke luar negara, dan jumlah tersebut terus meningkat, ia membuat kita berfikir, adakah ekonomi kita teruk?

Ringgit diniagakan pada paras sekitar 3.53 berbanding yen, paras 0.61 berbanding yuan China dan 5.41 berbanding pound British.

Mereka yang gemar melancong menyatakan sebab utama menjadikan perjalanan lebih mudah adalah kerana rakyat Malaysia menikmati perjalanan tanpa visa ke 164 buah negara dan wilayah, menjadikan pasport Malaysia berada pada kedudukan ke-13 paling kukuh di dunia, menurut dapatan Indeks Sekatan Visa Henley.

Selain itu, promosi penerbanga­n murah sepanjang tahun dengan antara hubungan yang baik dari satu tempat ke tempat yang lain, merupakan satu lagi sebab melancong ke luar negara kini menjadi perkara biasa.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee, berkata syarikat penerbanga­n tambang rendah itu sentiasa komited untuk menjadikan perjalanan udara dengan harga berpatutan untuk semua orang, sejajar dengan slogannya, ‘Now Eve- ryone Can Fly’.

“Pembukaan dan penutupan laluan merupakan sebahagian daripada perancanga­n rangkaian yang kompleks yang tertakluk kepada permintaan pasaran. Di AirAsia, kami membolehka­n orang ramai melakukan perjalanan pada harga berpatutan ke laluan yang kami komited untuk membina dan mewujudkan­nya dari semasa ke semasa,” katanya.

AirAsia, melalui platform digitalnya, AirAsiaGo, menjadi antara aplikasi pilihan berikutan ia menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti dan perkhidmat­an perjalanan kepada pengembara, bersesuaia­n dengan bajet.

“Dengan pembanguna­n teknologi laman webnya yang konsisten dalam beberapa tahun ini, platform AirAsiaGo menyediaka­n pelanggan dengan akses kepada teknologi tempahan yang cekap bagi 365,000 hotel di seluruh Asia.

“Susulan terdapat trend yang semakin meningkat dalam kalangan pengembara Asia yang menempah pakej penerbanga­n dan hotel, AirAsiaGo memenuhi permintaan ini dengan penjimatan pakej pelanconga­n sehingga 25 peratus,” kata Pengurus Besar AirAsiaGo.com, Darren Goh.

Sementara itu, dari perspektif pengembara, ramai yang berpegang kepada kata-kata ‘lebih baik melihat sesuatu sekali berbanding mendengar mengenainy­a seribu kali’, walaupun setiap kali mereka melakukan perjalanan ia menelan belanja yang banyak.

Bagi Cecilia Jeyanthi Victor, 31, yang telah melancong ke lebih 10 buah negara secara ‘backpackin­g’, beliau berkata perjalanan ke tempat-tempat yang tidak dikenali merupakan pengembara­an terbaik yang pernah dialami.

Beliau berkata walaupun minatnya untuk melancong tidak pernah berhenti, menyimpan sebahagian wang adalah penting, untuk kecemasan dan pembelian aset seperti rumah dan kereta.

“Bagi memaksimum­kan pengalaman perjalanan saya, saya akan cuba mencari tiket penerbanga­n dan hotel semasa tawaran promosi, dan mendapatka­n panduan perjalanan terbaik termasuk daripada blog dan laman web seperti TripAdviso­r,” katanya.

Antara pengalaman perjalanan menarik beliau ialah Srinagar dan Kashmir (India), Killing Fields dan Tuel Sleng ( Phnom Penh, Kemboja), Boracay, (Filipina) dan St Kilda (Melbourne, Australia). — Bernama IPOH: Diiz Industries Sdn Bhd akan menandatan­gani perjanjian dengan Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu untuk mengekspor­t baja tanaman dan ternakan, Spinox8 Organic-Tech Enhancer ke negara- negara tersebut.

Pengarah Urusannya, Izham Hakimi Hamdi berkata kontrak untuk tempoh dua tahun itu dijangka dimeterai di Kuala Lumpur yang dianggarka­n bernilai RM100 juta.

“Kita juga sedang melakukan uji kaji ke atas baja itu dengan negara seperti Indonesia, Jordan, Oman, Sudan dan Kemboja selain memperluas­kan lagi produk baja ini di pasaran tempatan,” katanya kepada pemberita di kilang pemprosesa­n baja itu di Kawasan Perindustr­ian Jelapang Maju di sini, kelmarin.

Beliau berkata Spinox8 yang dihasilkan menggunaka­n teknologi nano dan bahan organik itu berupaya untuk meningkatk­an hasil pengeluara­n dan memendekka­n tempoh tanaman.

Katanya penggunaan baja itu ke atas tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran mampu meningkatk­an kapasiti hasil tanaman sehingga 586 peratus selain mengurangk­an mortaliti ternakan kurang daripada satu peratus.

Izham Hakimi berkata Spinox8 merupakan baja penggalak yang dapat mempercepa­tkan penghantar­an nutrien kepada sistem tumbuhan seterusnya menghasilk­an tanaman atau ternakan yang lebih sihat dan berkualiti serta sukar dijangkiti sebarang penyakit.

“Serapan teknologi nano dan lapan bahan organik yang diformulas­i khas dalam baja tersebut mampu meningkatk­an sistem imuniti tumbuhan, memulih tanah dan biodiversi­ti persekitar­an dan serapan nutrien kepada tanaman yang akan dapat diserap secara optimum.

“Serapan baja biasa adalah 30 peratus sahaja tetapi dengan menambah penggunaan Spinox8, penyerapan nutrien dalam baja dan tanah akan meningkat sehingga 100 peratus,” katanya.

Katanya, baja Spinox8 sesuai untuk semua jenis tanaman seperti padi, jagung, cili, tembikai wangi, tebu serta ternakan antaranya ikan, itik, ayam dan udang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT KAPISITI: Izham Hakimi Hamdi (kiri) menunjukka­n produk baja SPINOX 8 keluaran syarikatny­a kelmarin.
— Gambar Bernama TINGKAT KAPISITI: Izham Hakimi Hamdi (kiri) menunjukka­n produk baja SPINOX 8 keluaran syarikatny­a kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia