Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada tumpahan minyak besar-besaran selepas nahas kapal tangki Iran

-

BEIJING: Pihak berkuasa China yang berusaha untuk menghalang bencana alam sekitar selepas perlanggar­an di antara sebuah kapal tangki Iran dan sebuah kapal kargo semalam berkata tiada tumpahan minyak besar-besaran yang dikesan, namun 31 anak kapal masih lagi hilang.

Kapal-kapal pembersiha­n dan penyelamat telah berdepan dengan asap toksik, hujan dan keadaan berangin ke- tika mereka bergegas untuk mencari mangsa terselamat dan mengelakka­n tumpahan minyak besar-besaran sejak insiden pada Sabtu.

Sanchi, membawa 136,000 tan minyak mentah ringan, terbakar selepas berlanggar dengan CF Crystal, sebuah kapal muatan yang didaftarka­n di Hong Kong, 160 batu nautika di timur Shanghai.

Beberapa pakar memberikan amaran bahawa tumpahan dari kargo di atas kapal sepanjang 274 meter yang didaftarka­n di Panama akan menimbulka­n bencana alam sekitar ketika pihak berkuasa menyatakan kapal itu mungkin meletup atau karam.

Namun menteri pengangkut­an China dalam satu kenyataan berkata sehingga jam 6 petang waktu tempatan kelmarin, “tiada tumpahan minyak berskala besar telah ditemui di atas permukaan laut” di mana usaha mencari dilakukan di sekitar kapal tersebut, yang berterusan terbakar.

Minyak dari kapal tangki adalah minyak pekat yang dijangka akan cepat tersejat sebaik sahaja terkena air, dengan “sisa yang sangat sedikit di permukaan air”, kata pihak kementeria­n.

Satu ujian simulasi turut mendapati bahawa kurang satu peratus daripada kandungan minyak akan kekal di atas permukaan laut lima jam selepas tumpahan minyak pekat.

Sebanyak 13 kapal pencari dan penyelamat sedang meneruskan usaha mencari anak kapal yang hilang di dalam kawasan 900 batu nautika dari kapal tangki itu.

Namun keadaan cuaca adalah tidak membantu, dengan “cuaca mendung dan hujan”, angin kuat dan ombak.

Daripada 30 rakyat Iran dan dua rakyat Bangladesh dalam senarai anak kapal Sanchi, hanya satu mayat telah ditemui setakat ini.

Kapal tangki itu dalam perjalanan ke Korea Selatan ketika ia bertembung dengan CF Crystal, yang membawa gandum ke tanah besar China. Seramai 21 anak kapal China dalam kapal Crystal telah diselamatk­an.

Sanchi dimiliki oleh National Iranian Tanker Company ( NITC), menurut kementeria­n petroleum Iran, dan telah membawa minyak ke Hanwha Total di Korea Selatan.

Ini adalah kemalangan kedua dalam tempoh kurang dari dua tahun melibatkan kapal tangki dimiliki oleh NITC. Pada Ogos 2016, sebuah kapal tangki besar Iran dan sebuah kapal kontena bertembung di selat Singapura, menyebabka­n kerosakan terhadap kedua-dua kapal namun tiada kecederaan atau pencemaran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia