Utusan Borneo (Sarawak)

Pertelingk­ahan baharu polis dan pembantah

-

TEBOURBA: Pertelingk­ahan baharu meletus malam kelmarin antara polis dan penunjuk perasaan Tunisia, sehari selepas kematian seorang lelaki dalam demonstras­i ganas berhubung kos semakin tinggi dan dasar berjimat cermat oleh kerajaan.

Ratusan orang muda menunjuk perasaan di Tebourba, ke barat Tunis, dan melontar batu ke arah pasukan keselamata­n yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, kata seorang wartawan AFP.

Pertelingk­ahan sama kelihatan di dua wilayah pedalaman yang mundur Kasserine dan Jelma, dekat Sidi Bouzid, tempat asal tunjuk perasaan yang mencetuska­n pemberonta­kan ‘ Arab Spring’ pada 2011. Pertelingk­ahan turut meletus di bandar tengah Gafsa, kata AFP.

Bedah siasat dijalankan kelmarin untuk menentukan bagaimana soerang lelaki dalam lingkungan usia 40-an mati sewaktu demonstras­i pada malam sebelum itu di Tebourba, tetapi hasilnya tidak didedahkan dan kontrovers­i terus wujud berhubung kematianny­a.

Polis menegaskan mereka tidak membunuhny­a, dan berkata dia mengalami “masalah penafasan”.

Perdana Menteri Youssef Chahedmeng­ecampergol­akan pada malam Isnin lepas, dan memberitah­u sebuah stesen radio “kita tidak menyaksika­n protes, sebaliknya orang yang memecah benda, mencuri dan menyerang warga Tunisia”.

“Kerajaan bersedia untuk mendengar tetapi setiap orang yang mahu berdemonst­rasi mesti berbuat demikian dengan aman,” katanya.

Tunisia sudah menyaksika­n protes selama beberapa hari setelah aktivis dan ahli politik mengecam kenaikan cukai nilai tambah (VAT) dan sumbangan sosial yang diperkenal­kan pada awal tahun ini selepas bajet baharu yang keras dilaksanak­an.

Kelmarin perhimpuna­n aman sekitar seratus orang diadakan di tengah Tunis untuk menyeru agar langkah berjimat cermat ditamatkan kerana ia dijangka akan meningkatk­an lagi kos sara hidup.

“Kemiskinan dan kebuluran sudah meningkat, ya warga yang tertindas!” laung penunjuk perasaan, kebanyakan­nya orang muda.

Mereka menyenarai­kan tuntutan mereka, termasuk penggantun­gan Akta Kewangan 2018 dan kepulangan kepada harga sebelum ini bagi komoditi, kata Hamza Nasri dari sebuah kumpulan kempen yang mengetuai protes.

Ratusan orang, kebanyakan­nya sangat muda, turut berdemonst­rasi di Regueb, di bahagian tengah negara yang mundur, kata seorang wartawan AFP.

Menteri Kewangan Ridha Chalghoum berkata kerajaan berhasrat untuk mengekalka­n kenaikan cukai tetapi menegaskan kenaikan VAT tidak memberi impak kepada “keperluan asas”.

“Di antara pencapaian demokrasi adalah peluang untuk berdemonst­rasi, tetapi kita juga ada kewajipan untuk bekerja bagi ekonomi Tunisia yang sihat,” katanya kepada AFP.

Protes biasa berlaku di negara Afrika Uatra itu pada bulan Januari apabila rakyat Tunisia memperinga­ti ulang tahun pemberonta­kan pada 2011 yang mengguling­kan diktator Zine El Abidine Ben Ali. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Tebourba, Tunisia kelmarin, sehari selepas kematian seorang lelaki dalam demonstras­i ganas berhubung kos semakin tinggi dan dasar berjimat cermat oleh kerajaan.
— Gambar AFP HURU-HARA: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Tebourba, Tunisia kelmarin, sehari selepas kematian seorang lelaki dalam demonstras­i ganas berhubung kos semakin tinggi dan dasar berjimat cermat oleh kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia