Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan pengerusi bergelar ‘Datuk’ direman enam hari

Projek terowong dasar laut RM15b berhubung salah laku

-

GEORGE TOWN: Seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembanguna­n hartanah bergelar ‘Datuk’ ditahan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md Eusoff selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki itu yang memakai pakaian lokap SPRM tiba di bilik reman mahkamah pada jam 11.40 pagi diiringi anggota SPRM dan dilihat keluar dari mahkamah 30 minit kemudian.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, lelaki berkenaan ditahan pada jam 11.50 malam kelmarin di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

Turut sama direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu di Mahkamah Putrajaya semalam adalah pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat yang turut bergelar ‘Datuk’.

Penahanan kedua- dua lelaki berkenaan adalah susulan serbuan SPRM kelmarin di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut tersebut.

Semalam, SPRM dilaporkan menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penila- ian dan Pengurusan Harta di KOMTAR.

Selain itu, syarikat EweinZenit­h, 555 Capital Diamond Valley Industrial Park dan Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd turut diserbu. Serbuan itu susulan aduan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Pada 5 Jan lepas, Huan membuat laporan dan menyerahka­n bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Consortium Zenith yang terdiri daripada beberapa syarikat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Timbalan pengerusi sebuah syarikat berpangkat ‘Datuk’ direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat penyelewen­gan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, George Town, semalam.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Timbalan pengerusi sebuah syarikat berpangkat ‘Datuk’ direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat penyelewen­gan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, George Town, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Abdul Jalil (kiri) bersama para pegawainya menunjukka­n sebahagian motosikal yang dirampas serta berjaya menahan 4 suspek termasuk tiga darinya dari ‘Geng Saiful’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah Melaka Tengah...
— Gambar Bernama RAMPASAN: Abdul Jalil (kiri) bersama para pegawainya menunjukka­n sebahagian motosikal yang dirampas serta berjaya menahan 4 suspek termasuk tiga darinya dari ‘Geng Saiful’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah Melaka Tengah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia