Utusan Borneo (Sarawak)

Pelita Maslaut komited didik belia berpengeta­huan global

-

SIBU: Akademi maritim Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) berusaha mendidik golongan belia mendapatka­n sijil pelayaran bertaraf antarabang­sa, sekali gus sama-sama menyumbang kepada kemajuan industri maritim negara.

Pengarah Urusan PMSB Masni Amit berkata, golongan muda di negeri ini khususnya disaran merebut peluang untuk memajukan diri dalam kerjaya sebagai pelaut dan kelasi kapal kerana kerjaya ini menjamin masa depan yang cerah.

“Ramai pelaut lepasan Pelita Maslaut kini bekerja di atas kapal kargo, kapal minyak dan gas, kapal tangki luar negara dan sebagainya.

“Malah ada yang berjaya menjadi kapten, pegawai dan jurutera dalam industri berkaitan sama ada di dalam dan luar negara.

“Kerjaya sebagai pelaut ini memberikan pendapatan yang agak lumayan,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Sementara itu, seramai 32 pelatih yang mengikuti kursus di PMSB akan menamatkan kursus mereka pada 19 Januari ini.

Daripada jumlah tersebut, 22 pelatih mengambil kursus pegawai dek (WKO) dan 10 pelatih mengikuti kursus kejurutera­an enjin (WKE).

Menurut Masni, kedua-dua kursus tersebut dijalankan selama tiga bulan tidak termasuk kursus modular yang mengambil masa hampir lima bulan.

“Kesemua pelatih tersebut mula mendaftark­an diri pada Oktober tahun lepas, di mana mereka bakal menamatkan latihan masing-masing pada 19 Januari ini,” jelasnya.

PMLSB akan mengadakan sesi pengambila­n pelatih baharu pada Mac ini.

Belia yang berminat mengikuti kursus ini boleh datang ke Akademi PMLSB (Sibu) Sdn Bhd, No.6, Lorong Chew Siik Hiong 7 Off Jalan Mahsuri atau menghubung­i talian 084- 218311/ 084217314/084-215239.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia