Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan ketua masyarakat Cina penting didik generasi muda fahami dasar kerajaan: Hasbi

-

LIMBANG: Pemimpin dan ketua masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda untuk memahami dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, sokongan ketua masyarakat kaum ini amat penting dalam memastikan segala program dan dasar kerajaan dapat difahami golongan mudanya.

Pelaksanaa­n aktiviti menurut Hasbi, dapat membantu generasi muda untuk memahami dasar kerajaan, sekali gus melibatkan diri dalam program pembanguna­n.

“Ketua masyarakat Cina perlu melaksanak­an pelbagai aktiviti atau program untuk mendidik generasi muda supaya mereka mengenali dasardasar kerajaan,” katanya pada majlis meraikan persaraan bekas residen Limbang Datu Maria Hasman di sini barubaru ini.

Turut sama ialah Residen baharu Limbang Ir. Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Pemanca Leong Boon Ming dan ketua masyarakat Cina lain.

Hasbi juga mahu mereka terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam memastikan kerajaan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Katanya, selain mengukuhka­n perpaduan kerajaan turut memberi peruntukan dan bantuan kepada mereka demi meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran, sekali gus merealisas­ikan Tranformas­i Nasional 2050.

Terdahulu, Maria mahu ketua masyarakat Cina agar menjadi barisan hadapan kerajaan, di samping menjalin kerjasama dan sokongan bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n.

Beliau menggesa mereka supaya sentiasa sehaluan dengan perjuangan pemimpin kerajaan semasa berkhidmat kepada masyarakat.

 ??  ?? KENANGAN MANIS: Pemanca Leong (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Maria sambil disaksikan Ahmad Denny (dua kiri), Hasbi dan ketua masyarakat Cina lain.
KENANGAN MANIS: Pemanca Leong (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Maria sambil disaksikan Ahmad Denny (dua kiri), Hasbi dan ketua masyarakat Cina lain.
 ??  ?? PERLU DIWARTAKAN: Mohamad Jol (dua kiri), Abdullah, Salim (tiga kiri), Samat dan ahli Persatuan Kedayan Miri melawat tanah perkuburan lama Kedayan.
PERLU DIWARTAKAN: Mohamad Jol (dua kiri), Abdullah, Salim (tiga kiri), Samat dan ahli Persatuan Kedayan Miri melawat tanah perkuburan lama Kedayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia