Utusan Borneo (Sarawak)

Impak negatif dirasai oleh operator hotel berlesen di Miri dengan anggaran kerugian RM100 juta setahun dari 2014-2017

-

MIRI: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sarawak menggesa Majlis Bandaraya Miri ( MBM) untuk mengambil tindakan segera terhadap pengendali hotel tidak berlesen yang akan memberi kesan negatif kepada sektor pekerjaan dan pelanconga­n di bandar raya ini dalam jangka masa panjang.

Setiausaha Agung Kehormatny­a John Teo Peng Yew berkata pada masa ini, impak negatif daripada hotel-hotel tidak berlesen di bandar raya Miri ini sudah dirasai oleh operator hotel berlesen di sini dengan anggaran kerugian sebanyak RM100 juta setahun dari 2014 hingga 2017.

“Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017, kira- kira satu juta bilik hotel diambil oleh pengendali hotel tidak berlesen di sini dengan anggaran kadar sewa bilik RM70 semalam. Dianggarka­n bilik hotel tidak berlesen itu akan mencapai 3,500 bilik sekiran- ya bilik tambahan tidak dikawal,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Selain itu katanya, ramai pekerja hotel berlesen hilang pekerjaan disebabkan per- mintaan bilik berkuranga­n kerana hotel tidak berlesen tidak memerlukan pekerja yang ramai berbanding hotel berlesen memandangk­an mereka tidak memerlukan tahap perkhidmat­an yang sama.

“Dengan permintaan hotel berlesen yang semakin kurang, memberikan satu lagi kesan negatif terhadap hotel ini dan pekerjanya kerana wang pelanggan yang sepatutnya dibelanjak­an untuk makanan dan minuman di restoran dan bar mereka, berkemungk­inan dibelanjak­an di tempat lain,” katanya.

Teo menjangkak­an pengendali hotel berlesen akan mengalami kerugian lebih daripada RM50 juta dalam makanan dan minuman kerana pelancong memilih untuk menempah dengan hotel tidak berlesen di bandar raya Miri.

“Di bandar raya Miri, terdapat kira-kira 3,000 bilik dikendalik­an oleh 33 hotel berlesen, Bagaimanap­un, terdapat lebih daripada 3,000 bilik disediakan oleh lebih 75 hotel tidak berlesen,” katanya.

Teo berkata pada 2014, pengendali hotel berlesen boleh menjana pendapatan sebanyak RM230 juta, dengan kadar purata penginapan sehingga 83 peratus dan purata kadar bilik RM255.

Tetapi, dengan pertumbuha­n hotel-hotel tidak berlesen ini, beliau berkata kadar purata penginapan untuk hotel berlesen turun kepada 50 peratus dengan purata kadar bilik berkuranga­n ke- pada RM170, penguranga­n sebanyak RM85 pendapatan dalam setiap bilik.

Teo juga memberi peringatan bahawa pelanggan di hotel tidak berlesen ini terdedah kepada risiko tinggi kerana mereka tidak dilindungi oleh mana- mana liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kebakaran, kecurian atau kemalangan, manakala pihak berkuasa tempatan perlu berhadapan dengan akibatnya jika kejadian itu berlaku sehingga menyebabka­n kematian.

“Hotel berlesen perlu mematuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat, termasuk melengkapk­an premis mereka dengan sistem pengesanan kebakaran serta mempunyai langkah-langkah keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata sekurangku­rangnya 44 lesen perlu diluluskan untuk hotel tiga bintang dan ke atas serta prosesnya mengambil masa minimum 166 hari.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata hotel tidak berdaftar di bandar Miri telah diberi tempoh sembilan bulan bagi mendapat lesen sementara daripada MBM untuk beroperasi dengan mematuhi beberapa keperluan keselamata­n utama.

“Satu daripada keperluan itu adalah mendapatka­n sijil Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memperoleh lesen sementara dan pengendali hotel tidak berlesen perlu mematuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh MBM untuk mendapat lesen yang betul,” katanya. — Bernama

Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2017, kira-kira satu juta bilik hotel diambil oleh pengendali hotel tidak berlesen di sini dengan anggaran kadar sewa bilik RM70 semalam. Dianggarka­n bilik hotel tidak berlesen itu akan mencapai 3,500 bilik sekiranya bilik tambahan tidak dikawal. John Teo Peng Yew Setiausaha Agung Kehormat MAH Cawangan Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia