Utusan Borneo (Sarawak)

Hii dilantik sebagai Setiausaha Tetap KPKKBS yang baharu

-

KUCHING: Hii Chang Kee dilantik secara rasmi sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (KPKKBS) yang baharu menggantik­an Datu Ik Pahon Joyik.

Ik Pahon akan menjawat jawatan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Majlis serah terima tugas yang diadakan semalam disaksikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Berucap pada majlis itu, Abdul Karim berkata pelantikan Hii sebagai setiausaha tetap baharu merupakan peralihan pentadbira­n yang biasa berlaku dan perlu berjalan dengan lancar.

“Setiap perpisahan selalunya sedih dan pelantikan ke jawatan baharu pastinya satu cabaran tetapi saya percaya perubahan ini akan membawa sesuatu lebih baik dalam kerjaya kedua-dua mereka.

“Selamat datang Encik Hii dan terima kasih Datu Ik Pahon yang banyak membawa kejayaan kepada kementeria­n sepanjang lapan tahun menjadi Setiausaha Tetap baik dalam pelanconga­n mahupun sukan,” katanya.

Beliau berkata kementeria­nnya mempunyai perancanga­n untuk tahun-tahun akan datang terutama menganjurk­an acara bertaraf antarabang­sa seperti Kejohanan Renang Paralimpik Dunia pada 2019.

Selain itu katanya, Sarawak berusaha meningkatk­an jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dengan menambah jumlah penerbanga­n terus antarabang­sa ke negeri ini.

“Tahun- tahun mendatang pastinya sangat mencabar kepada kementeria­n, kita mahu sektor pelanconga­n kita berkembang seperti di Sabah.

“Ditambah dengan kejayaan kita membida banyak acara antarabang­sa dianjurkan di Sarawak. Terima kasih sekali lagi kepada Datu Ik Pahon dan pasukannya,” katanya.

Sementara itu, Ik Pahon berkata beliau sedia berkongsi pengalaman bersama pegawai dan staf lain di kementeria­n lain kerana percaya bekerja secara berpasukan amat penting bagi menjamin kejayaan lebih cemerlang.

“Saya sedia membimbing Hii kerana percaya ia cabaran yang sangat besar. Saya pernah melaluinya 13 tahun lalu, menjadi Residen Miri sebelum menjadi Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sosial (KPS) selama lima tahun dan lapan tahun bersama KPKKBS,” katanya.

Hii pula menyifatka­n pelantikan­nya itu satu cabaran besar yang harus ditangani bagaimanap­un percaya ia dapat diatasi menerusi semangat bekerja secara berpasukan.

Katanya sebagai Residen Sibu sebelum ini, beliau banyak terlibat dalam penganjura­n acara sukan bagaimanap­un masih banyak perkara baharu perlu dikuasai kerana wujud jurang yang luas antara jawatan residen dan setiausaha tetap.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk jawatan baharu ini.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk bekerja dengan baik bersama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta pegawai dan staf bukan sahaja dalam aspek pelanconga­n tetapi juga dalam sukan,” katanya.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Ik Pahon (dua kiri) menyerahka­n dokumen-dokumen rasmi KPKKBS kepada Hii pada majlis serah terima tugas semalam sambil disaksikan Abdul Karim dan Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin.
TERUSKAN USAHA: Ik Pahon (dua kiri) menyerahka­n dokumen-dokumen rasmi KPKKBS kepada Hii pada majlis serah terima tugas semalam sambil disaksikan Abdul Karim dan Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia