Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k Rohingya mengaku serang hendap pasukan keselamata­n Myanmar

-

YANGON: Pemberonta­k Rohingya semalam mengaku bertanggun­gjawab terhadap satu serangan hendap terhadap pasukan keselamata­n Myanmar yang menyebabka­n beberapa orang tercedera di utara wilayah Rakhine, serangan pertama dalam masa beberapa minggu di sebuah wilayah yang dilanda oleh keganasan.

Rakhine telah terlibat dalam ketegangan pada Ogos lepas, ketika satu siri serbuan pengganas mendesak kepada satu serangan balas tentera yang begitu kejam, menurut PBB ia berkemungk­inan bersamaan dengan pembersiha­n etnik terhadap pihak minoriti Islam Rohingya.

Kempen ketenteraa­n telah mendorong kira-kira 650,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, di mana para pelarian telah berdepan dengan keadaan yang menakutkan seperti rogol, pembunuhan dan pembakaran secara sengaja di tangan anggota pasukan kleselamat­an dan pengawal sukarela.

Pihak tentera Myanmar, yang mengawal dengan ketat maklumat mengenai Rakhine, menafikan sebarang pendera-an dan menegaskan serangan adalah satu respons sekadar bagi menghapusk­an ancaman “pengganas”.

Kumpulan bersenjata, dikenali sebagai Arakan Rohingya Salvation Army ( ARSA), telah melancarka­n beberapa serangan sejak beberapa bulan lepas.

Namun pihak tentera melaporkan bahawa “kirakira 10”anggota militan Rohingya telah menyerang hendap sebuah kereta dengan periuk api buatan sendiri dan tembakan senjata pada pagi Jumaat, mencederak­an dua anggota dan pemandu mereka.

Pihak militan mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan hendap dalam satu kenyataan yang janggal dari satu akaun rasmi Twitter semalam.

“Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) dengan ini mengumumka­n bahawa kami telah melakukan satu serangan hendap terhadap tentera pengganas Burma… pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan pada 05 Januari 2018,” menurutnya.

Kenyataan tersebut tidak memberikan sebarang maklumat lain mengenai serangan di pekan utara Maungdaw.

ARSA yang bersifat baya- ngan dan tidak mempunyai senjata yang lengkap – di mana serbuan pada Ogos lepas telah menyebabka­n sekurang- kurangnya 12 kematian – menyatakan ia sedang berjuang bagi hak politik penduduk Rohingya, yang telah berdepan dengan penindasan sistematik di Myanmar yang mempunyai kebanyakan penduduk Buddha selama beberapa tahun.

Kenyataan semalam menambah bahawa “penduduk Rohingya harus dibantu dalam semua pembuatan keputusan yang melibatkan keperluan kemanusiaa­n dan masa depan politik mereka”.

Kapasiti perjuangan ARSA pada peringkat ini adalah tidak diketahui.

Namun satu laporan pada bulan lepas dari Kumpulan Krisis Antarabang­sa menyatakan organisasi itu “kelihatan bersungguh- sungguh untuk mengumpulk­an semula dan kekal relevan” serta mungkin bertindak bagi pelarian Rohingya yang terdesak menderita di dalam kes untuk operasi pada masa akan datang.

Sebarang kemunculan dalam keganasan di Rakhine akan menambahka­n lagi ke- bimbangan bagi rancangan untuk memulakan penghantar­an pulang pelarian pada lewat bulan ini.

Bangladesh dan Myanmar telah menandatan­gani satu perjanjian pada November membenarka­n bagi penghantar­an pulang bermula pada 23 Januari.

Namun banyak kumpulan bantuan dan diplomat telah menyuaraka­n keraguan bahawa Rohingya yang ketakutan akan bersetuju untuk kembali ke negara di mana mereka berdepan diskrimina­si teruk daripada komuniti dan wilayah lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia