Utusan Borneo (Sarawak)

Najib lakukan lawatan kerja lima hari ke Arab Saudi

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi bermula hari ini hingga 12 Jan ini atas jemputan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan Kementeria­n Luar di sini, semasa lawatan itu, Najib dijadual menghadap Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud di Riyadh.

“Pertemuan-pertemuan itu akan memberikan peluang kepada mereka untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, pelbagai hala, serantau serta antarabang­sa terutamany­a tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibincangk­an dan dipersetuj­ui sewaktu lawatan negara yang bersejarah Raja Salman ke Malaysia pada Mac tahun lepas,” kata kenyataan itu. — Bernama JOHOR BAHRU: Langkah kerajaan Malaysia memansuhka­n kutipan tol Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) pada awal tahun ini, diikuti penurunan tol oleh kerajaan Singapura, tiga hari lepas, disambut baik rata- rata masyarakat terutamany­a pengguna.

Ketika ditemui Bernama, Rozillah Abd Rahman, 28, menganggap langkah tersebut menguntung­kan pengguna sepertinya yang kerap masuk keluar Singapura-Johor Bahru.

“Bila turun harga tol, untunglah untuk kami. Kami akan kerap lagi ke Johor Bahru selepas ini,” kata pekerja swasta itu yang berasal dari Bedok, Singapura.

Sementara itu, warga Malaysia Loh Vermon berkata, dulu dia terpaksa mengeluark­an belanja untuk tol sahaja lebih kurang S$15 (S$1 = MYR3) setiap kali keluar masuk ke Singapura.

“Sekarang ini, saya boleh menjimatka­n belanja tol memandangk­an saya keluar masuk Singapura lebih kurang empat kali sehari untuk bekerja,” kata Loh, yang bekerja sebagai pemandu untuk pelancong.

Seorang lagi warga Singapura Johari Kassim menyambut baik langkah pemansuhan serta penurunan tol oleh kedua-dua kerajaan dan berpendapa­t, lebih ramai rakyat Singapura akan turun ke Johor Bahru untuk berbelanja, berjalan dan makan angin.

“Semasa kenaikan tol dulu, kami sudah jarang ke sini. Lepas ini, kami mungkin akan sering ke sini,” katanya yang turun ke Johor Bahru seminggu sekali.

Bagaimanap­un, ada yang menganggap langkah tersebut mungkin akan mendatangk­an kesan tidak baik pada jangka masa panjang, misalnya, kepada aliran lalu lintas di Tambak Johor.

“Jadi terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengatasin­ya. Mungkin pada masa depan, kenaikan tol pada kereta yang lebih besar ber- banding kereta kecil yang selalunya bawa keluarga,” kata warga Singapura, Shima Hashim, yang bekerja di bidang jualan.

Jumaat lepas, Penguasa Pengangkut­an Darat (LTA) Singapura mengumumka­n kenderaan yang memasuki Singapura melalui Woodlands tidak akan dikenakan caj tol mulai 1 Februari ini.

Buat masa ini, caj tol yang dikenakan bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$ 2.70 ( bagi kereta), S$ 4 (van/kenderaan ringan (perdaganga­n), S$5.30 (kenderaan berat -perdaganga­n), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).

Selain itu, LTA turut mengumumka­n penurunan caj tol bagi kereta keluar dari Singapura menerusi Woodlands kepada S$1.00 (caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdaganga­n) S$ 1.50 ( S$ 5.80), kenderaan berat ( perdaganga­n) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 ( S$ 1.90), dan bas S$ 0.80 (S$3.10). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia