Utusan Borneo (Sarawak)

Komitmen kerajaan negeri bangun sekolah mubaligh disambut baik

-

KUCHING: Penganalis­is Politik Datuk Peter Minos menyambut baik komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyalurka­n peruntukan bagi membangunk­an sekolah mubaligh di Sarawak.

Minos berkata, beliau gembira dengan kesediaan kerajaan negeri itu kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha menyelesai­kan masalah sekolah daif di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaa­n atas usaha dan komitmen kerajaan negeri dalam usaha membangun dan menyedi- akan kesamaan pendidikan dari segi penyediaan infrastruk­tur khususnya terhadap sekolah tersebut.

“Saya gembira dengan khabar ini di mana Ketua Menteri kita memaklumka­n komitmenny­a untuk menyalurka­n peruntukan bagi membangunk­an sekolah mubaligh di negeri ini.

“Semoga dasar kerajaan yang baik ini berterusan demi kepentinga­n kita bersama,” katanya kepada media di sini, semalam.

Melihat kepada dasar kerajaan yang bagus itu, Minos berkata ia menunjukka­n bahawa rakyat tidak boleh melupakan usaha serta sumbangan kerajaan terdahulu dan sekarang dalam memajukan negeri Sarawak.

Katanya rakyat harus menghargai malah bersatu memastikan hasrat kerajaan dalam membangunk­an rakyat dan negeri ini tercapai.

“Terima kasih kepada semua pemimpin terdahulu dan sekarang yang berjuang membangunk­an kemudahan sekolah di negeri ini termasuk sekolah mubaligh,” katanya.

Baru- baru ini, media melaporkan bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah mengumumka­n komitmen kerajaan negeri untuk membantu sekolah mubaligh di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia