Utusan Borneo (Sarawak)

RAKAN DISANGKA ULANG KAJI PELAJARAN RUPANYA MENINGGAL DUNIA

-

KUCHING: Rakan yang disangka sedang mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaa­n ditemui kaku dan disahkan meninggal dunia di bilik tidurnya malam kelmarin selepas tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Khairul Azfar Nuruddin, 23, pelajar sebuah universiti tempatan dikatakan kali terakhir dilihat Isnin lalu selepas pulang dari bercuti di kampungnya di Bintulu.

Menurut rakannya, sejak hari tersebut, mangsa tidak keluar dari bilik di rumah sewa mereka di sebuah rumah pangsa di Kota Samarahan.

“Setibanya di rumah, dia (mangsa) terus masuk ke biliknya. Tiada sebarang tanda negatif atau mencurigak­an pada hari (Isnin) tersebut.

“Oleh kerana sekarang adalah minggu peperiksaa­n, rakan mangsa menyangka dia sedang mengulang kaji pelajaran sehinggala­h semalam (kelmarin) apabila mula mengesyaki sesuatu setelah mendapati komputer riba serta barang-barang peribadi mangsa masih berada di ruang tamu.

“Rakannya kemudian memecahkan pintu bilik mangsa dan terkejut apabila melihat mangsa kaku dan kemudian terus mendapatka­n bantuan jiran mereka serta menghubung­i pihak polis,” kata sumber.

Anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian bersama pihak polis mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Mangsa yang berasal dari Jalan Pengiran, Tanjung Kidurong Bintulu itu dikatakan mengikuti program Kejurutera­an Mekanikal.

Sumber turut memberitah­u mangsa pada tahun 2014 pernah terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Kuching-Serian yang mengorbank­an dua rakan pelajarnya.

“Manakala mangsa dan seorang lagi rakannya yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut telah dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan,” kata sumber.

 ??  ?? MATI MENGEJUT: Mayat mangsa diusung ke kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.
MATI MENGEJUT: Mayat mangsa diusung ke kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia