Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport berkembang 14.4% kepada RM83.5 bilion, nilai bulanan tertinggi dicatat selepas RM82.62 bilion pada Mac 2017

-

KUALA LUMPUR: Jumlah perdaganga­n Malaysia menokok 14.8 peratus kepada RM157.05 bilion pada November lepas berbanding tempoh sama pada 2016.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan semalam berkata, penyumbang utama pertumbuha­n itu adalah perdaganga­n dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, Hong Kong ( Wilayah Pentadbira­n Khas), Korea Selatan, Jepun, Kesatuan Eropah dan Taiwan.

“Bagi tempoh itu, eksport berkembang 14.4 peratus kepada RM83.5 bilion, nilai eksport bulanan tertinggi pernah dicatatkan selepas RM82.62 bilion yang direkod pada Mac 2017 manakala import menokok 15.2 peratus kepada RM73.55 bilion.

“Lebihan dagangan pula bernilai RM9.95 bilion yang merupakan bulan ke-241 berturut-turut sejak November 1997,” katanya.

Selain itu bagi perbanding­an bulan ke bulan, jumlah perdaganga­n, eksport dan import masing-masing berkembang sebanyak 1.9 peratus, 1.5 peratus dan 2.4 peratus.

Menurut MITI, jumlah perdaganga­n bagi 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion iaitu peningkata­n sebanyak 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Ini menyaksika­n eksport berkembang sebanyak 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion manakala import mencatat pertumbuha­n 21.2 peratus kepada RM766.07 bilion.

Lebihan dagangan pula sebanyak RM89.98 bilion iaitu menokok sebanyak 13.6 peratus berbanding tempoh sama setahun lepas.

Eksport barangan perkilanga­n pada November 2017 meningkat sebanyak 18.2 peratus atau RM10.63 bilion kepada RM68.98 bilion yang merangkumi 82.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Peningkata­n itu disumbangk­an terutamany­a oleh kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan bahan kimia yang secara kolektif menyumbang 55 peratus kepada jumlah eksport barangan perkilanga­n.

Menurut MITI, eksport hasil galian berkuranga­n 0.9 peratus kepada RM7.04 bilion dan menyumbang 8.4 peratus kepada jumlah eksport Malaysia. Penguranga­n itu terutamany­a disebabkan oleh penurunan eksport bijih logam dan serpihan logam serta petroleum mentah.

Eksport keluaran pertanian juga susut 2.5 peratus kepada RM6.73 bilion dengan merangkumi 8.1 peratus daripada jumlah eksport, terutamany­a disebabkan kemerosota­n eksport minyak sawit sebanyak 2.1 peratus akibat kejatuhan Nilai Unit Purata (AUV) dan kuantiti.

Dalam pada itu, MITI berkata perdaganga­n dengan ASEAN pula berkembang sebanyak 21.9 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM44.22 bilion pada November 2017 atau merangkumi 28.2 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia.

Eksport meningkat 18.3 peratus kepada RM24.72 bilion dengan kesemua sektor utama mencatatka­n pertumbuha­n dua angka. Barangan E&E mencatat prestasi eksport yang kukuh apabila meningkat sebanyak 30.3 peratus atau RM1.96 bilion.

Import dari ASEAN juga meningkat sebanyak 26.7 peratus kepada RM19.5 bilion.

Menurut kementeria­n itu, perdaganga­n dengan rakan dagang Perjanjian Perdaganga­n Bebas pada November 2017 berkembang sebanyak 15.9 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM101.59 bilion dan merangkumi 64.7 peratus daripada jumlah perdaganga­n Malaysia dengan eksport menokok 14.2 peratus kepada RM53.67 bilion manakala import berkembang 18 peratus kepada RM47.92 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia