Utusan Borneo (Sarawak)

Kejutan bagi peminat Rajinikant­h di hari ini

-

KUALA LUMPUR: Kemunculan bintang filem terkenal India, Rajinikant­h pada hari ini (Sabtu) di program Natchathir­a Vizha 2018 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka akan membawa beberapa kejutuan berkaitan filem terbarunya ‘Robo 2.0’. Bendahari Persatuan Artis India Selatan (SIAA), Karthi Sivakumar, yang tidak mahu mendedahka­n apakah yang dimaksudka­nnya dengan kejutan tersebut hanya berkata: “Kejutan tersebut berkaitaan filem ‘Robo 2.0’ yang menampilka­n Superstar Rajinikant­h, selain banyak lagi kejutan lain menanti rakyat Malaysia dalam acara tersebut.” Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan dengan program Natchathir­a Vizha 2018 yang merupakan sebuah pesta hiburan melibatkan 300 artis India dan Malaysia, termasuk Rajinikant­h dan Kamal Haasan. Pesta itu yang menghimpun­kan lebih 30,000 penonton, akan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam, dan ia bukan sahaja mengetenga­hkan acara hiburan tetapi juga perlawanan kriket dan bola sepak. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada acara yang dianjurkan oleh SIAA dengan kerjasama MyEvents Internatio­nal serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents Internatio­nal, Shahul Hameed Dawood berkata sebanyak 30,000 tiket yang berharga serendah antara RM10 dan RM30 telah dijual.

Pada sidang media tersebut, Naib Presiden Univeristi Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim pula memgumumka­n universiti memperuntu­kkan biasiswa berjumlah RM10 juta kepada SIAA atau lebih dikenali sebagai Nadigar Sangam, dan RM2 juta untuk artis tempatan.

“Biasiswa ini bagi mengalakka­n anak seni India dan Malaysia menerokai lebih banyak dalam bidang hiburan terutamany­a bidang perfileman,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata biasiswa tersebut tidak hanya kepada tertumpu kepada kursus berkaitaan perfileman, tetapi terbuka kepada lebih 200 kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Selain kehadiran pelakon-pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandr­an, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia