Utusan Borneo (Sarawak)

Spalletti tolak tawaran lumayan perpindaha­n

-

MILAN: Jurulatih Inter Milan Luciano Spalletti menolak sebarang perpindaha­n wang besar oleh kelab milik orang China yang memburu kejuaraan itu dalam pasaran perpindaha­n Januari.

Inter menduduki tempat ketiga dalam Serie A – tujuh mata di belakang pendahulu Napoli – ketika mereka memburu kejuaraan Serie A pertama sejak 2010.

Namun Spalletti berkata kelab itu mahu pemain mereka tahu mereka dihargai dan tidak mahu melanggar peraturan keadilan kewangan.

“Kita boleh sebut nama – (Henrikh) Mkhitaryan, (Javier) Pastore, (Simone) Verdi tetapi mereka memakan kos sebanyak 30 juta euro (RM144 juta) dan kami tidak ada jumlah itu,” kata Spalletti, bekas jurulatih Roma.

“Untuk asyik menyatakan kami perlu ada kempen perpindaha­n besar, selepas kelab menjelaska­n terdapat parameter tertentu yang perlu dihormati, bagi saya nampak seperti cara terbaik untuk mengalami kekecewaan.

“Ia tidak betul dan ia tidak hormat. Bagi saya ia juga mengurangk­an kemungkina­n untuk meningkatk­an tahap pasukan, dengan memikirkan tentang pemain baharu.

“Ia adalah mesej yang salah bagi kumpulan kami, kerana seorang pemain tidak dapat mengubah nasib sesebuah pasukan dan kami tidak dapat membuat perkara besar dalam jendela ini.

“Pemain ini perlu tahu bahawa saya yakin dengan kualiti mereka, mereka memiliki potensi.

“Peluang mencipta pencuri, dan pasar perpindaha­n mencipta pemain yang hilang tumpuan.”

Kumpulan Suning milik ahli perniagaan China, Zhang Jindong, membayar hampir 270 juta euro (RM1.3 bilion) untuk Inter Milan pada Jun 2016.

Kelab itu menduduki tempat ketujuh pada musim lepas, tetapi di bawah jurulatih baharu Spalletti melakukan permulaan yang hebat kepada kempen 2017-18, bermain tanpa kalah sebelum dua kekalahan berturut-turut dalam liga pada Disember lepas dan disingkirk­an dari Piala Itali oleh musuh tetangga AC Milan.

“Kami tewas dalam dua atau tiga perlawanan di mana kami jelas dapat bermain dengan lebih baik, tetapi perkara itu boleh berlaku,” ujar Spalletti. — AFP

 ??  ?? SPALLETTI
SPALLETTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia