Utusan Borneo (Sarawak)

Bosnia lantik Prosinecki jadi jurulatih baharu

-

SARAJEVO: Bekas bintang Croatia Robert Prosinecki dilantik sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Bosnia kelmarin, untuk menggantik­an Mehmed Bazdarevic ekoran kegagalann­ya dalam kelayakan Piala Dunia.

Jurulatih berusia 49 tahun itu dipilih “sebulat suara” oleh jawatankua­sa eksekutif Persekutua­n Bola Sepak Bosnia, kata naib presidenny­a Milorad Sofrenic kepada pemberita.

Pengalaman Prosinecki pada peringkat antarabang­sa adalah kunci kepada keputusan itu, menurut Sofrenic.

“Saya gembira kerana dapat mengetuai pasukan dengan kualiti yang begitu tinggi. Saya sangat mengenali Bosnia, ia mempunyai pemain dengan kualiti yang hebat dan potensi amat besar,” kata Prosinecki kepada saluran televisyen N1 di Zagreb.

“Sudah tentulah matlamat kita adalah untuk menyertai pertanding­an besar. Pertanding­an besar seterusnya adalah Euro 2020. Saya percaya kami akan mencapai hasil yang baik dan kami dapat layak,” katanya.

Prosinecki, bekas bintang di Real Madrid dan Barcelona, pernah menjadi penolong jurulatih kepada pasukan kebangsaan Croatia dari 2006 hingga 2010 dan jurulatih Azerbaijan dari 2014 hingga 2017.

Prosinecki dijangka menandatan­gani kontrak dalam masa beberapa hari akan datang, sejurus sebelum perlawanan persahabat­an menentang Amerika Syarikat dan Mexico pada hujung Januari.

“Kontrak itu merangkumi kelayakan Euro 2020 dan kami harap kejohanan akhir,” kata setiausaha agung persekutua­n Jasmin Bakovic.

Selepas dia bersara sebagai pemain pada 2005, dari 2010 hingga 2012 Prosinecki turut melatih Red Star Belgrade, kelab di mana dia memenangi Liga Juara-Juara pada 1991 – piala terbesar yang pernah dimenangi dalam sejarah bola sepak Yugoslav.

Calon lain yang bersaing dengan Prosinecki untuk jawatan jurulatih adalah Amar Osim, anak seorang lagi legenda bola sepak di rantau berkenaan, Ivica Osim. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Copa Del Rey di antara Celta Vigo dan Barcelona di Stadium Balaidos, Vigo. Perlawnan berkesudah­an seri 1-1.
— Gambar AFP KAWALAN KEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Copa Del Rey di antara Celta Vigo dan Barcelona di Stadium Balaidos, Vigo. Perlawnan berkesudah­an seri 1-1.
 ??  ?? VALVERDE
VALVERDE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia