Utusan Borneo (Sarawak)

Diet baharu kembalikan prestasi terbaik Wilshere

-

LONDON: Pemain tengah Arsenal dan England Jack Wilshere berkata diet bebas gluten baharu telah meletakkan­nya dalam prestasi terbaik dalam kariernya selepas dia mengukuhka­n semula kedudukann­ya dalam pasukan utama Arsene Wenger.

Wilshere, 26, cemerlang dalam keputusan seri 2-2 di stadium sendiri dengan Chelsea pada Rabu lepas apabila dia membuka jaringan dengan penyudah dari jarak dekat.

Ia tidak mencukupi untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal, selepas tendangan penalti Eden Hazard dan gol lewat dari Marcos Alonso meletakkan Chelsea di hadapan, sebelum Hector Bellerin menambah cerita terakhir dalam masa tambahan.

Perlawanan itu merupakan 90 minit keenam berturuttu­rut bagi Wilshere dalam Liga Perdana Inggeris selepas igauan selama beberapa tahun yang dicemari kecederaan.

“Saya sudah bebas gluten dan tenusu sekarang selama enam minggu,” kata Wilshere kepada akhbar London Evening Standard.

“Saya rasa saya kelihatan lebih bagus, saya ternyata sudah hilang sedikit berat badan, dan saya lebih langsing. Saya mungkin lebih cergas juga. Saya rasa lebih tajam dan lebih pantas di atas padang. Saya rasa saya dapat bertahan lebih lama.

“Contohnya, pada hujung perlawanan menentang Chelsea apabila kami menjaringk­an gol kedua, saya rasa, ‘ Marilah, kita dapat meneruskan­nya semula’.

“Saya amat mengenali badan saya, saya tahu makanan yang sesuai untuk dimakan dan cara terbaik untuk pulih. Saya juga mendapatka­n jumlah tidur yang betul. Saya menyedari perkara itu selama ini dan saya rasa saya berada dalam prestasi terbaik.”

Wilshere, yang mendapat manfaat daripada kecederaan yang dialami Aaron Ramsey, memberitah­u Sky Sports selepas perlawanan, “tiada kemajuan” dalam rundingan berhubung lanjutan kontraknya, yang tamat pada hujung musim ini.

Pengurus England Gareth Southgate telah mencabar Wilshere untuk bermain dengan kerap bagi Arsenal memikirkan tentang peringkat antarabang­sa. — AFP

 ??  ?? FORLAN WENGER
FORLAN WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia