Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar harus manfaatkan bantuan persekolah­an

-

LIMBANG: Pelajar harus memanfaatk­an bantuan persekolah­an sebanyak RM350 diberikan kepada pelajar kurang berkemampu­an untuk membeli peralatan sekolah sahaja.

Ahli Parlimen Limbang yang juga Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, Hasbi Habibollah berkata bantuan itu diberikan untuk membantu rakyat kurang berkemampu­an.

“Jangan gunakan bantuan untuk membeli rokok, telefon dan barangan lain. Gunakan bantuan itu membeli peralatan persekolah­an anak-anak,” katanya pada Program Ceria Kembali Ke Sekolah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Limbang di sini semalam. Turut sama Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak Saifuddin Omar, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri dan Pemangku Pegawai Pendidikan Limbang, Suraya Habibollah.

Hasbi berkata, bantuan itu bukannya gula-gula untuk pilihan raya tetapi untuk membantu rakyat memerlukan.

Jelasnya, FELCRA adalah entiti pemangkin pembanguna­n luar bandar yang berjaya.

“FELCRA bukan sahaja memajukan perladanga­n berasaskan perniagaan tetapi juga meletakkan sosioe- konomi di tempat pertama,” katanya.

Menurutnya, pelbagai program diadakan membantu rakyat termasuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Limbang sejak ditubuhkan 51 tahun lalu.

Hasbi memberitah­u FELCRA turut menyalurka­n bimbingan kepada belia terlibat usahawan dan menyediaka­n peluang pendidikan kedua menerusi kolej FELCRA.

Selain bantuan RM350 daripada FELCRA, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Limbang turut menyalurka­n RM120 kepada 350 pelajar kurang berkemampu­an.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Hasbi (dua kiri) Denny (kiri) dan Saifuddin menyampaik­an cek RM350 kepada salah seorang penerima di Limbang semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Hasbi (dua kiri) Denny (kiri) dan Saifuddin menyampaik­an cek RM350 kepada salah seorang penerima di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia