Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera Pemuda BN negeri siap sedia hadapi PRU14

-

KUCHING: Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri telah bersiap sedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsun­g tahun ini.

Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jentera Pemuda sama ada di peringkat BN mahupun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa bersedia tanpa mengira pilihan raya.

“Dasar BN dan PBB Sarawak adalah kita berkhidmat sepanjang tahun dan bukan sahaja ketika berlangsun­gnya pilihan raya.

“Persiapan menjelang pilihan raya itu adalah persiapan tambahan kita untuk memperkuat­kan jentera,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai persiapan jentera Pemuda untuk PRU14.

Terdahulu Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Petra Jaya mengadakan taklimat serta sidang media mengenai perancanga­n projek tebatan banjir di kawasan Petra Jaya.

Taklimat tersebut turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, Senator Dr Zaiedil Suhaili serta wakil dari N.7 Samariang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Perancanga­n projek tersebut melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Petra Jaya iaitu N.6 Tupong dan N.7 Samariang.

Dalam perkembang­an lain, Fadillah berkata beberapa pro- jek melibatkan jambatan akan disenaraik­an untuk dilaksanak­an tahun ini di Sarawak.

Antaranya, jejambat di Medan Jaya, Bintulu, Jambatan Batang Igan di Mukah, Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lupar dan jejantas pejalan kaki di SMK Bintulu yang mana kini dalam pelbagai peringkat perancanga­n.

Selain itu kementeria­n menurut Fadillah juga telah membida beberapa projek lagi antaranya Jambatan Saribas.

Manakala projek yang telah siap di Sarawak setakat ini termasukla­h Jambatan Sungai Rimbas di Pusa, Jambatan Batang Sadong, Jejantas UNIMAS, naik taraf jalan Kidurong ke Taman Perindustr­ian Samalaju serta pembinaan Jalan Tanjung Asam Hilir, Saribas di Beladin.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Fadillah (tengah) bercakap pada sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan Fazzrudin (kanan) dan Dr Zaiedil (dua kanan).
SIAP SEDIA: Fadillah (tengah) bercakap pada sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan Fazzrudin (kanan) dan Dr Zaiedil (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia