Masjid An Najah mengadakan majlis penghayatan Maulidur Rasul
KUCHING: Masjid An Najah baru- baru ini telah mengadakan Majlis Penghayatan Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2017 Peringkat Daerah Asajaya melibatkan 150 peserta.
Majlis tersebut dirasmikan Pegawai Tadbir Daerah Asajaya Sainuyah Mohamad dengan kehadiran warga ketua masyarakat setempat.
Menurut penganjur, majlis bukan sahaja untuk mengi- marahkan Masjid An Najah tetapi turut diadakan bertujuan menghayati kelahiran Rasulullah SAW, pengorbanannya, kasih sayang serta mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.
Melaluinya, para peserta berupaya mengeratkan jalinan silaturahim dan mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat yang menganuti Islam di sini.
Pihaknya juga percaya ia seperti mendoakan kesejahteraan serta keselamatan umat Islam di seluruh dunia.
Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti Pertandingan Hafazan Surah-Surah Lazim yang terbahagi kepada kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tidak dilupakan pertandingan mewarna untuk kanakkanak berumur lima dan enam tahun, pertandingan gubahan bunga daripada bahan terbuang, berselawat dan tazkirah ‘Cinta Rasulullah Kepada Allah dan Umatnya’.
Jawatankuasa Pengurusan Masjid An Najah menganjurkan majlis berkenaan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Wanita 1Malaysia, Kampung Asajaya Ulu, KRT Kampung Asajaya Ulu, Persatuan Guru-Guru KAFA Zon 1 Asajaya dan PPIM Samarahan.