Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wanita dibunuh dalam tempoh kurang seminggu

-

BEIRUT: Beberapa orang telah berkumpul membawa lilin kelmarin di Beirut bagi mengecam keganasan terhadap wanita selepas sekurangku­rangnya tiga orang dibunuh di Lubnan dalam tempoh kurang dari seminggu.

Mangsa- mangsa adalah termasuk pekerja kedutaan British Rebecca Dykes, yang mana seorang pemandu Uber telah mengakui bagi pembunuhan selepas dia cuba untuk menyerang beliau secara seksual pada minggu lepas.

Beberapa hari sebelumnya, seorang wanita berusia 22 tahun telah ditemui ditembak di bahagian dada sementara suaminya telah ditangkap, menurut penganjur acara peringatan tersebut.

Juga pada minggu yang sama, menantu lelaki kepada seorang wanita telah dipenjarak­an selepas beliau ditemui dibunuh.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, turut dikatakan membunuh diri pada minggu tersebut.

Dalam satu kenyataan Facebook sebelum acara kelmarin, pihak penganjur menyatakan tentang satu kekurangan dalam “sistem perundanga­n, sosial dan politik” bagi menyatakan apa yang katakan sebagai keganasan “sistemik” terhadap wanita, dari gangguan hingga pembunuhan.

“Kami menolak normalisas­i keganasan terhadap wanita dan mengadili ia sebagai insiden berasingan pada satu masa di mana ia dengan jelasnya satu keganasan berperingk­at dan sistemik yang menghantui kami di kawasan persendiri­an dan awam,” menurut mereka.

Mereka menyeru bagi “tindakan ketara dan efektif” bagi menghormat­i sempadan dan badan wanita.

Pada 2014, Lubnan telah mengemukak­an satu undangunda­ng menjadikan keganasan domestik sebagai satu kesalahan jenayah, selepas satu kempen selama beberapa tahun oleh kumpulan masyarakat awam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENTIASA DIKENANG: Seorang wanita menyalakan lilin bersebelah­an dengan gambar potret Rebecca Dykes di luar Muzium Kebangsaan Beirut.
— Gambar AFP SENTIASA DIKENANG: Seorang wanita menyalakan lilin bersebelah­an dengan gambar potret Rebecca Dykes di luar Muzium Kebangsaan Beirut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia