Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan terbaharu PBB adalah ‘tindakan peperangan’: Utara

-

SEOUL: Semalam Korea Utara telah menghentam sekatan terbaharu PBB yang dikemukaka­n terhadapny­a mengenai ujian misil balistik antara benua yang dikecam hebat oleh negara terpencil ini, menyatakan ia sebagai satu ‘tindakan peperangan’.

“Kami menolak sepenuhnya sekatan AS yang terbaharu, sebagai satu pelanggara­n kejam terhadap kedaulatan republik kami dan satu tindakan peperangan yang memusnahka­n kedamaian dan kestabilan semenanjun­g Korea serta sebuah wilayah yang luas,” menurut kementeria­n luar negara Pyongyang dalam satu kenyataan yang dinyatakan oleh agensi berita negara KCNA.

Ia merupakan reaksi rasmi pertama dari Pyongyang, sehari selepas Majlis Keselamata­n PBB sebulat suara mengemukak­an sekatan baharu yang dirangka oleh AS yang menyekat bekalan minyak penting untuk negara miskin itu.

Korea Utara mendapat sokongan daripada sekutu utama Pyongyang, China dan juga arahan untuk menghantar pulang pekerja Korea Utara yang dihantar ke luar negara bagi mendapatka­n pendapatan yang sangat diperlukan bagi rejim Kim Jong-Un.

Rangka ketiga bagi sekatan dilakukan terhadap Utara pada tahun ini muncul kirakira tiga minggu selepas Pyongyang melakukan ujian ICB jarak paling jauhnya, yang menurutnya berkemampu­an untuk menyerang semua bandar utama AS.

Ujian melibatkan Hwasong15 seterusnya menambahka­n lagi kebimbanga­n global mengenai peningkata­n meluas dalam program senjata nuklear dan misil di Utara yang telah berterusan sejak Kim memegang kuasa pada 2011.

Pihak Utara menyatakan program senjatanya telah direka bagi mempertaha­nkan diri terhadap polisi AS yang ‘menjejaska­n’ negara terpencil namun bersenjata nuklear tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia