Utusan Borneo (Sarawak)

Anjurkan beberapa kejohanan golf antarabang­sa di Damai Golf Country Club tahun depan

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Beberapa kejohanan golf antarabang­sa diadakan di Damai Golf Country Club ( DGCC) tahun termasuk Jelajah Pembanguna­n Asia ( ADT) anjuran Persatuan Golf Profesiona­l Malaysia ( PGM) pada 12 hingga 15 September 2018.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh memberitah­u bahawa kelab tersebut diberi penghormat­an oleh PGM sekali lagi menjadi hos kejohanan ADT 2018 yang ditaja oleh MNRB Holdings Berhad dengan jumlah hadiah wang tunai RM225,000.

“Ia menjadi satu penghormat­an untuk kami kerana dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah selepas kejayaan DGCC menjadi hos pada kejohanan tahun ini berlangsun­g pada 5 hingga 7 Oktober lalu,” katanya pada majlis makan malam kakitangan dan ulang tahun DGCC ke- 21 di sini.

Ia menjadi satu penghormat­an untuk kami kerana dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah selepas kejayaan DGCC menjadi hos pada kejohanan tahun ini berlangsun­g pada 5 hingga 7 Oktober lalu. Roslan Mohd Salleh Pengurus Besar DGCC

Menurutnya, satu lagi acara menarik diadakan pada 2018 ialah kejohanan Damai Masters Golf 2018 yang disokong oleh Persatuan Golf Sarawak ( SGA) sebagai salah satu daripada acara dalam kalendar golf tempatan tahun depan.

“DGCC juga akan menganjurk­an Kejohanan Golf Damai Masters julung kali diadakan dan dan dijangka menarik penyertaan pemain- pemain golf tempatan dan dari luar negeri,” jelasnya.

Menurutnya, kejohanan tersebut bertujuan memberi peluang kepada pemain- pemain golf tempatan termasuk golongan muda supaya dapat bersaing dengan peserta dari negeri dan negara lain.

Selain menarik minat peserta tempatan, acara itu juga boleh menggalakk­an lebih ramai pemain golf dari luar Sarawak datang sekali gus menyahut cabaran bertanding di DGCC.

Roslan turut memberi pujian dan galakkan untuk kakitangan yang memberi perkhidmat­an terbaik sepanjang tahun ini.

“Mereka memainkan peranan penting memperting­kat imej kelab sebagai salah satu padang golf terbaik di negeri ini dan mungkin di rantau ini,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada pengurusan tertinggi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC) di bawah kepimpinan pengerusin­ya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain memberi bimbingan berterusan agar DGCC melangkah ke hadapan dan mencapai kemajuan seterusnya.

 ??  ?? LANCAR: Roslan melakukan gimik pelancaran pada Majlis Makan Malam Kakitangan dan Ulang Tahun Ke-21 DGCC di Damai Beach Resort, Pantai Damai Santubong.
LANCAR: Roslan melakukan gimik pelancaran pada Majlis Makan Malam Kakitangan dan Ulang Tahun Ke-21 DGCC di Damai Beach Resort, Pantai Damai Santubong.
 ??  ?? TAHNIAH: Pasukan Perdanaku muncul juara kategori veteran Karnival Bola Sepak 7 Sebelah pada 16 dan 17 Disember lalu.
TAHNIAH: Pasukan Perdanaku muncul juara kategori veteran Karnival Bola Sepak 7 Sebelah pada 16 dan 17 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia