Utusan Borneo (Sarawak)

Libatkan wakil penduduk cari penyelesai­an isu bauksit

Suara mereka wajar didengar kerana terkesan akibat perlombong­an

-

KUANTAN: Pihak yang terlibat dengan aktiviti perlombong­an bauksit disaran mengadakan perbincang­an dengan wakil penduduk dalam mencari penyelesai­an terbaik berhubung isu tersebut.

Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit Kuantan (GERAM) Ali Akbar Othman berkata suara wakil penduduk wajar diambil perhatian kerana mereka antara golongan yang terkesan daripada perlombong­an bauksit sebelum ini.

Sehubungan itu, Ali Akbar menyifatka­n pengumuman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menarik semula sitaan 10 juta tan stockpile (simpanan stok) bauksit di sini Khamis lalu, boleh memberi kesan buruk jika tiada langkah kawalan berkesan dilakukan.

“Sepanjang tempoh moratorium, kehidupan penduduk amat selesa selepas melalui tempoh penuh kesengsara­an akibat sikap tamak peniaga bauksit. Tiada persekitar­an yang kotor, berdebu dan gangguan jalan raya yang menakutkan.

“Suasana ini bakal berubah sekiranya kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyediaka­n mekanisme berkesan

Sepanjang tempoh moratorium, kehidupan penduduk amat selesa selepas melalui tempoh penuh kesengsara­an akibat sikap tamak peniaga bauksit. Tiada persekitar­an yang kotor, berdebu dan gangguan jalan raya yang menakutkan.

bagi mengawal kegiatan perlombong­an dan pengangkut­an jika aktiviti bauksit diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berdasarka­n senario itu, Ali Akbar mencadangk­an supaya satu perbincang­an terbuka antara kerajaan negeri, agensi penguatkua­saan terlibat, wakil penduduk dan pengusaha bauksit diadakan untuk mencari penyelesai­an ‘menang-menang’.

Katanya, perbincang­an itu juga platform terbaik untuk mengatasi semua kelemahan yang berlaku pada perlombong­an masa dahulu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andasura Rabu menyaranka­n supaya semua aktiviti berkaitan bauksit tidak diteruskan selagi tiada penambahba­ikan atau garis panduan prosedur operasi standard ( SOP) baharu diperkenal­kan.

Beliau juga menuntut SPRM untuk mengumumka­n jika terdapat unsur rasuah dalam aktiviti perlombong­an itu sebelum ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil segera.

“Cadangan supaya satu aku janji dibuat oleh semua yang terlibat dengan aktiviti bauksit kerana dibimbangi ia hanya satu janji kosong yang tidak mampu mengekang unsur rasuah pada masa akan datang,” katanya.

Pada Khamis lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengumumka­n penarikan itu, yang menurutnya bagi membolehka­n pengusaha bauksit mengeluark­an stockpile dalam tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa.

Beliau berkata keputusan itu susulan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Mineral dan Geosains serta kerajaan Pahang bersetuju memperkena­lkan satu peraturan baharu yang perlu dipatuhi pengusaha bauksit.

Antaranya, pengusaha bauksit perlu menandatan­gani aku janji sebelum NRE meluluskan permohonan Permit Kelulusan (AP) untuk mereka mengeluark­an stockpile, yang antara lain menyatakan mereka tidak akan terbabit rasuah dan salah guna kuasa.

Semalam, NRE menerusi kenyataan media, memaklumka­n tempoh moratorium bauksit yang dijadual berakhir pada 31 Dis ini, akan dilanjutka­n sehingga 30 Jun 2018 dengan beberapa penambahba­ikan.

Kenyataan itu turut menyebut penambahba­ikan dilakukan berdasarka­n input agensi berkaitan termasuk SPRM selain menyatakan kementeria­n bersetuju mempertimb­angkan permohonan eksport bauksit dalam tempoh moratorium bagi keadaan tertentu. — Bernama

Ali Akbar Othman Pengerusi GERAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia