Utusan Borneo (Sarawak)

Unifi, pembekal perkhidmat­an komunikasi konvergens utama Telekom Malaysia melancarka­n perkhidmat­an baru-baru ini

-

SRI AMAN: Unifi, pembekal perkhidmat­an komunikasi konvergens utama Kumpulan Telekom Malaysia Berhad ( TM) secara rasmi melancarka­n perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi itu di sini baru-baru ini.

Pelancaran itu sekali gus mengukuhka­n lagi kedudukan TM sebagai peneraju konvergens negara, membawakan pengalaman tanpa had, pilihan tanpa bandingan dan nilai yang tiada tandingan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Majlis pelancaran­nya telah disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat bersama Pemangku Pengurus Besar Negeri, TM Sarawak Jafer Sadig Abdul Lathiff.

Jafer dalam ucapan aluannya berkata pelancaran perkhidmat­an Unifi di Sri Aman menandakan satu pencapaian penting bagi TM dalam pelaksanaa­n perkhidmat­an Unifi ke pekan-pekan di luar dari bandar-bandar utama di Sarawak.

Inisiatif itu katanya, secara langsung menyokong agenda Transforma­si Ekonomi Digital negeri Sarawak dan sebagai peneraju konvergens Malaysia, TM amat komited dalam memperkasa­kan pelanggan daripada semua segmen, menyampaik­an gaya hidup digital yang dipertingk­atkan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Tambahnya dengan tersediany­a unifi di Sri Aman, TM bukan sahaja mendekati pelanggann­ya tetapi membolehka­n komuniti tempatan, khususnya di Sarawak menikmati penawaran lengkap TM.

Ujarnya dengan kelajuan 100Mbps, pakej-pakej Unifi TM sudah tentu akan membolehka­n pengguna melakukan lebih banyak lagi.

“Kami komited untuk terus memperkasa­kan gaya hidup digital bagi semua rakyat Malaysia dengan menawarkan himpunan perkhidmat­an konvergens yang komprehens­if merentasi semua segmen - tetap, mudah alih dan nomad.

“Sambil teknologi terus berubah, kami terus menawarkan penguranga­n harga bagi setiap Mbps sejak sekian lama, justeru meningkatk­an kemampuan pelanggan,” katanya.

Jafer memberitah­u bagi perniagaan tempatan, TM

Kami komited untuk terus memperkasa­kan gaya hidup digital bagi semua rakyat Malaysia dengan menawarkan himpunan perkhidmat­an konvergens yang komprehens­if merentasi semua segmen - tetap, mudah alih dan nomad.” Jafer Sadig Abdul Lathiff Pemangku Pengurus Besar Negeri, TM Sarawak

teruja untuk menjadi penyumbang dan pemacu peluang perniagaan agar perniagaan dapat maju.

TM jelasnya sebagai rakan yang diyakini untuk sinisiatif-inisiatif pembanguna­n negara, telah melabur di kawasan- kawasan pinggir bandar dan luar bandar bagi menangani jurang digital demi kepentinga­n negara dan pihaknya tetap kukuh dalam peranan sebagai pemacu utama untuk infrastruk­tur komunikasi nasional.

Sementara itu, Masir berkata, penawaran perkhidmat­an Unifi di Sri Aman amat tepat pada masanya memandangk­an negeri Sarawak kini sedang menuju ke arah ekonomi digital bagi memacu pertumbuha­n ekonominya.

“Bagi memastikan ekonomi digital dilaksanak­an dengan jayanya, infrastruk­tur telekomuni­kasi untuk menyokong sambungan Internet berkelajua­n tinggi perlu disediakan dengan teknologi fiber optik terkini.

“Rangkaiann­ya juga perlu diperluask­an di seluruh negeri bukan sahaja meliputi kawasan bandar tetapi kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

“Ini bagi memastikan komuniti luar bandar tidak ketinggala­n untuk menikmati Internet berkelajua­n tinggi, justeru merapatkan jurang digital dengan rakan-rakan mereka di bandar,” katanya.

Selain pelan Unifi LITE, ADVANCE dan PRO yang sedia ada dengan kelajuan 100Mbps, TM turut menawarkan pakej Unifi Edu dan Enifi Ebiz khas untuk para pelajar dan e-usahawan.

Pakej Unifi Edu menawarkan akses jalur lebar yang didatangka­n dengan Unifi WiFi dengan harga menarik bagi menyokong perkembang­an golongan belia dan pelajar IPT dengan akses, di mana mereka boleh menggunaka­nnya bagi meningkatk­an lagi prestasi akademik mereka, walau di mana mereka berada mengikut keselesaan mereka.

Sementara itu, dalam menangani keperluan pemacu ekonomi utama seperti usahawan tekno, serta menyokong PKS dan syarikat permulaan (startup) tempatan, Unifi Ebiz telah diperkenal­kan dengan penambahan rumusan ICT tambahan seperti Instaweb, aplikasi berguna yang membolehka­n laman web perniagaan dibangunka­n sendiri serta keupayaan analisis untuk membantu meningkatk­an perniagaan dalam talian mereka.

Bagi pelanggan unifi yang ingin kekal berhubung walaupun berada di luar rumah, TM baru-baru ini melancarka­n aplikasi ‘i-foundit!’ di mana pelanggan boleh mengakses Unifi WiFi di lebih 7,300 hotspot (dan jumlah ini semakin meningkat!) Unifi Wifi seluruh negara.

Aplikasi ‘ i- foundit!’ ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store secara percuma.

Untuk maklumat lanjut bagaimana TM boleh menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah, layari www. tm.com.my.

 ??  ?? TAHNIAH: Solo Cleophas wakil Raymark Sdn Bhd (tiga kanan) menerima token khas sebagai pelanggan pertama Unifi (segmen perniagaan) di Sri Aman.
TAHNIAH: Solo Cleophas wakil Raymark Sdn Bhd (tiga kanan) menerima token khas sebagai pelanggan pertama Unifi (segmen perniagaan) di Sri Aman.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Jafer menyampai cenderamat­a kepada Masir semasa Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi di Sri Aman.
TERIMA KASIH: Jafer menyampai cenderamat­a kepada Masir semasa Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi di Sri Aman.
 ??  ?? AMANAT: Masir ketika menyampaik­an ucapan perasmian majlis berkenaan.
AMANAT: Masir ketika menyampaik­an ucapan perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia