Utusan Borneo (Sarawak)

Henry dijemput sertai acara larian antarabang­sa

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep menerima kunjungan hormat daripada pihak penganjur Sarawak Nash Hash Internatio­nal Hash Run 2018 di sini, barubaru ini.

Kunjungan hormat itu bertujuan memberi penerangan selain menjemput beliau menghadiri acara larian antarabang­sa itu yang dijangka berlangsun­g pada bulan Jun tahun depan.

Menurut pihak penganjur, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tasik Biru akan menjadi tuan rumah kepada penganjura­n acara tersebut buat kali kedua.

Program itu merupakan anjuran Sarawak Nash Hash bersama Majlis Daerah Bau dan penyertaan dibuka kepada orang awam dari seluruh negeri Sarawak, Sabah, Semenanjun­g Malaysia serta negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, China, Taiwan dan Korea.

Pelbagai aktiviti unik bakal ditampilka­n dalam acara tersebut di mana ia turut memberi tumpuan khusus kepada usaha untuk memperkena­lkan tempat-tempat bersejarah dan kebudayaan di kawasan Bau.

Terdapat lima objektif utama program itu diadakan iaitu untuk meningkatk­an industri pelanconga­n tempatan terutama di daerah Bau termasuk bandar lama Siniawan, menggalakk­an perdaganga­n antara usahawan dari pelbagai kawasan yang mengambil bahagian, mempromosi­kan budaya dan sejarah Sarawak, merapatkan silaturahi­m dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan para peserta.

Larian akan dibahagika­n kepada dua laluan iaitu laluan pertama adalah untuk acara larian 16 kilometer ( km) Survival, One Long Run (12 km) dan One Medium Run (8 km) sementara laluan kedua untuk acara Short Run 4 km.

Dijangkaka­n program itu akan menarik kira-kira 1,500 peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia