Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba bantu bawa lelaki obesiti ke hospital

Dengan berat 200kg, Effendy diangkat guna khidmat khas, dihantar ke Hospital Sibu

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti dengan berat mencecah 200 kilogram terpaksa diangkat menggunaka­n khidmat khas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk dihantar ke Hospital Sibu kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu tidak dapat berjalan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sibu selepas didapati tergelinci­r di tandas rumahnya, Jalan Lanang di sini pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata khid- mat khas itu melibatkan kekuatan tujuh anggota BBP Sibu dan BBP Sungai Merah.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki itu pada jam 11.22 pagi kelmarin lalu bergegas ke lokasi untuk menjalanka­n khidmat khas itu.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati lelaki itu berada dalam keadaan terbaring.

“Proses pemindahan sele- sai dalam tempoh lebih sejam dan lori bomba digunakan untuk membawanya ke Hospital Sibu,” jelasnya.

Sementara itu, lelaki dikenali Effendy Eking kini dimasukkan ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Ketika ditemui semalam, ibunya, Maria Igoh, 44, berkata anak lelakinya tergelinci­r dan kaki masuk ke dalam mangkuk tandas sekitar jam 8 pagi kelmarin.

Effendy dikatakan tidak dapat bangun kerana kaki kirinya bengkak dan ahli keluargany­a cuba membantu sebelum menghubung­i bomba meminta bantuan.

Maria berkata, lebih 10 orang termasuk anggota bomba dan ahli keluarga mengambil masa sejam mengeluark­an Effendy dari rumah mereka ke lori bomba.

Tambahnya, Effendy merupakan anak sulung daripada empat beradik mempunyai masalah berat badan sejak kecil.

Maria berkata, ketika di tingkatan satu, Effendy memiliki berat badan mencecah 100 kilogram dan terus meningkat kepada 150 kilogram manakala tahun lalu berat badannya mencecah 200 kilogram.

Menurut Maria, anak lelakinya hanya makan sehari pada waktu malam dan makan biskut pada hari biasa.

Dengan hanya memiliki kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Maria berkata, anaknya sukar mendapat pekerjaan kerana faktor berat badan.

“Oleh itu, Effendy terpaksa berada di rumah menjaga anak-anak saudaranya,” katanya yang berasal dari Bintangor dan menetap di rumah sewa di sini sejak 27 tahun lalu.

Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati lelaki itu berada dalam keadaan terbaring. Wan Kamarudin Wan Ahmad Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu

 ??  ?? BERAT: Effendy (belakang, tengah) ketika bersama ahli keluargany­a.
BERAT: Effendy (belakang, tengah) ketika bersama ahli keluargany­a.
 ??  ?? TERBARING: Effendy dengan berat mencecah 200 kilogram berada dalam keadaan terbaring di rumahnya di Jalan Lanang, Sibu sementara menunggu bantuan pihak bomba.
TERBARING: Effendy dengan berat mencecah 200 kilogram berada dalam keadaan terbaring di rumahnya di Jalan Lanang, Sibu sementara menunggu bantuan pihak bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia