Utusan Borneo (Sarawak)

PSS LAHIRKAN RASA KECEWA

-

KUCHING: Pasukan Persatuan Seni Silat (PSS) Nilam Sari dinobatkan juara keseluruha­n pada Pertanding­an Pencak Silat 2017 berakhir di sini semalam.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi PSS Dendam Perantau dan PSS Cakar Harimau.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai dan sebuah piala.

Seramai 100 peserta dari 12 perguruan persilatan di bawah Rumpun Silat Sarawak (RSS) Cawangan Kuching-Samarahan menyertai pertanding­an dua hari itu.

Pertanding­an itu adalah anjuran Perguruan Seni Silat (PSS) Dendam Perantau, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Sara Urus Harta Sdn Bhd dan RSS.

S e m b i l a n k a t e g o r i dipertandi­ngkan iaitu solo kreatif putera bawah 12 tahun, putera (13 hingga 19 tahun), puteri bawah 12 tahun, puteri (13 hingga 19 tahun), ganda putera bawah 12 tahun, ganda putera (13 hingga 19 tahun), ganda puteri bawah 12 tahun, ganda puteri (13 hingga 19 tahun) dan wiraloka bebas @ jurus puteri.

Penutupan disempurna­kan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman merangkap Timbalan Presiden RSS iaitu Nuruddin Su’ut.

Nuruddin dalam ucapan ringkasnya menyifatka­n program itu menyediaka­n landasan terbaik mencungkil bakat-bakat kalangan pesilat bagi mewakili Sarawak.

“Saya harap program ini diperbanya­kkan masa hadapan agar dapat melahirkan pesilat-pesilat berbakat dapat bertanding peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa.

“Tahniah dan terima kasih kepada penganjur kerana berjaya mengadakan pertanding­an ini,” katanya.

Nuruddin turut menasihati perguruan persilatan negeri ini agar jangan berlaku perpecahan kalangan mereka sebaliknya bersatu memartabat­kan ilmu persilatan.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Nuruddin bersama PSS Nilam Sari muncul juara keseluruha­n Pertanding­an Pencak Silat 2017 di Kuching semalam.
TAHNIAH: Nuruddin bersama PSS Nilam Sari muncul juara keseluruha­n Pertanding­an Pencak Silat 2017 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia