Utusan Borneo (Sarawak)

BOMOH PENIPU DIBERKAS

‘Bomoh Antarabang­sa’ tukar barang kemas, wang tunai kepada botol dan kertas ditangkap.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tindakan pantas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menangkap lima warga asing dikenali dengan nama jolokan ‘Bomoh Antarabang­sa’ selepas dikatakan menukar barang kemas dan wang tunai kepada botol dan kertas akhbar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata kelima-lima suspek yang merupakan warga China dan Indonesia itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Stampin Tengah, sekitar jam 5 petang, iaitu kira-kira empat jam selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita warga emas.

Menurut Merbin, wanita terbabit yang mendakwa mengalami kerugian mencecah RM14,000 memberitah­u bahawa dia telah didatangi kumpulan tersebut pada 11 Disember di pekan Siburan, sebelum seorang daripada mereka memperkena­lkan diri sebagai bomoh dan mendakwa mangsa dan keluarga akan ditimpa musibah.

“Suspek kemudian meminta mangsa menyerahka­n semua barang kemas miliknya, malah turut menyuruh mangsa mengeluark­an wang dari akaun banknya bagi tujuan perubatan dan upacara sembahyang.

“Selepas memperoleh­i barangbara­ng tersebut, mangsa kemudian diberi sebungkus plastik yang kononnya di dalamnya ialah barang kemas serta wang mangsa.

“Mangsa kemudian ditinggalk­an di tepi jalan dan dia turut dinasihati agar tidak membuka bungkusan tersebut selama tiga hari,” katanya.

Bagaimanap­un, mangsa yang membuka bungkusan tersebut beberapa hari kemudian terkejut apabila mendapati hanya terdapat dua botol air mineral dan surat khabar lama sahaja di dalamnya menyebabka­n dia terus membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan mangsa, kesemua suspek berjaya dijejaki dan hasil serbuan ke atas rumah yang didiami mereka(suspek) turut menemui wang tunai RM6,618 dan mata wang asing, barang kemas serta beberapa dokumen peribadi.

“Turut ditemui ialah barang-barang kemas milik mangsa yang disembunyi­kan di bawah laci sebuah almari,” jelas Merbin.

Kelima-lima suspek yang berusia 27 hingga 52 tahun kemudian ditahan dan direman sehingga 18 Disember ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Semakan ke atas dokumen perjalanan kelima-lima suspek juga mendapati terdapat di antara mereka kerap datang ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan kini kami masih menjalanka­n siasatan terperinci termasuk berhubung dengan IPD-IPD lain.

“Bagi IPD Padawan, sebanyak empat kes dilaporkan pada tahun ini termasuk satu kes yang berlaku di Batu Kawah pada awal bulan ini,” kata Merbin.

 ??  ?? BARANG KES:Merbin bersama pegawai kanan BSJK Padawan menunjukka­n barang kemas dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.
BARANG KES:Merbin bersama pegawai kanan BSJK Padawan menunjukka­n barang kemas dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia