Utusan Borneo (Sarawak)

Di Sri Pentas hari ini, esok

-

BERUNSURKA­N konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, ‘I Can See Your Voice’ kini berada di Malaysia untuk satu versi dalam Bahasa Malaysia.

Setiap episod, enam orang peserta akan diperkenal­kan dan dengan kerjasama ahli panel, penyanyi jemputan perlu menyingkir­kan para peserta sehingga tinggal seorang sahaja peserta.

Pada penghujung setiap episod, peserta terakhir akan berganding bersama penyanyi jemputan, di mana akan diketahui sama ada peserta tersebut mungkin bersuara merdu atau sumbang.

Menurut penerbit eksekutif ‘I Can See Your Voice Malaysia’, Mas Ayu Ali, “Program ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang hiburan. Program ini tidak mendiskrim­inasi mereka yang tidak mempunyai bakat nyanyian, oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan khalayak ramai yang berminat untuk menghadirk­an diri ke sesi uji bakat.”

Sesi uji bakat terbuka untuk warganegar­a Malaysia berusia 15 tahun ke atas dan yang berminat untuk mempamerka­n bakat terpendam mereka di kaca televisyen kini sedang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sesi uji bakat ‘I Can See Your Voice Malaysia’ ini diadakan selama tiga hari bermula semalam (Jumaat, 15 Disember 2017) sehingga esok (Ahad, 17 Disember 2017).

Para peserta yang berhasrat menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan dan membawa minus one lagulagu yang bakal mereka persembahk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia