Utusan Borneo (Sarawak)

Pembekal bahan binaan ditipu ah long RM35,000

-

KUALA TERENGGANU: Niat seorang pengusaha dan pembekal bahan binaan membuat pinjaman RM35,000 untuk membeli tanah tidak kesampaian apabila ditipu oleh ‘ ceti haram’ atau ah long, di sini.

Mangsa berumur lingkungan 50-an, dari Setiu, dikatakan telah membuat laporan polis apabila merasakan dirinya ditipu oleh kumpulan itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata mangsa telah membuat pinjaman kecilan melangkau lima kali dan hingga kini gagal memperoleh­i pinjaman pembiayaan perniagaan yang dikehendak­inya.

“Kumpulan ah long tersebut bukan berbentuk ganas seperti menyimbah cat, menculik atau melakukan sebarang keganasan tetapi lebih kepada ‘ mencekik darah’.

“Kumpulan ini membebanka­n peminjam dengan menyuruh mangsa membuat tiga kali pinjaman kecil yang bernilai RM1,000 sebelum membuat pinjaman yang lebih besar,” katanya kepada Bernama.

Aidi berkata, menerusi tiga pinjaman tersebut peminjam perlu melalui proses berlainan iaitu pada pinjaman pertama dan kedua, daripada RM1,000 yang dipinjam mereka hanya dibayar RM300 dan baki RM700 dianggap wang proses bagi mendapatka­n pinjaman besar.

Pada pinjaman kali ketiga pula mereka dibayar RM700 dan baki RM300 diambil sebagai wang proses, yang mana wang akan dimasukkan ke akaun peribadi pekerja dan bukannya ke akaun syarikat terlibat.

Bagaimanap­un, setelah pinjaman kecil dilakukan mangsa, mereka tetap tidak mendapat pinjaman pembiayaan perniagaan seperti yang dijanjikan dan peminjam perlu membayar balik nilai pinjaman sama walaupun wang yang diterima kurang daripada nilai yang dipinjamka­n.

Beliau berkata, kumpulan yang mempunyai enam hingga 10 anggota itu bergerak secara berkumpula­n untuk mencari pelanggan dan dikesan bergiat aktif di Terengganu sejak dua tahun lalu, turut beroperasi di Pahang dan Kelantan.

Aidi berkata berdasarka­n maklumat daripada mangsa, polis telah menahan tiga anggota kumpulan itu di sekitar Kuala Terengganu dan direman di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu sejak Selasa lalu hingga 17 Dis ini bagi membantu siasatan, manakala enam lagi suspek telah dikenal pasti dan sedang diburu.

Katanya, hingga semalam sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis melibatkan kumpulan yang sama dan kes di siasat di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Beliau menasihatk­an masyarakat agar membuat pinjaman menerusi institusi yang sah berlesen sahaja selain daripada perbankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia