KPDNKK memantau walaupun tiada aduan mengenai pengedaran produk itu di Sarawak
SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) melakukan pemantauan ke atas susu rumusan bayi tiruan walaupun tidak ada sebarang aduan mengenai pengedaran produk tersebut di Sarawak.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak Abdul Hafiz Abdul Rahim berkata antara langkah diambil termasuk memeriksa premis menjual produk susu tepung di seluruh negeri ini.
“Setakat ini, belum ada aduan atau panggilan manamana pihak mengenai pengedaran produk susu tiruan itu di Sarawak.
“Bagaimanapun, kami melakukan pemantauan dengan pemeriksaan ke premispremis menjual produk susu bayi bagi memastikan mereka mendapat bekalan sah dan selamat,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat produk susu bayi tiruan dikesan di negeri ini.
Menurut Abdul Hafiz, pihaknya juga mengumpul maklumat selain menjalinkan kerjasama dengan pengilang dan pengedar produk itu agar produk dibawa masuk ke neg- eri ini selamat digunakan.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa KPDNKK merampas 210 kotak susu bayi tiruan bernilai RM42,000 di Johor Bahru kelmarin.
Pengarahnya Khairul Anwar Bachok berkata produk tersebut dirampas dari kedai ubat dan kedai serbaneka di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.
“Rampasan itu dibuat susulan laporan mengenai bayi mengalami muntah teruk selepas mengambil produk susu itu kemudiannya dikenal pasti sebagai produk tiruan,” kata Khairul Anwar.
Rabu lalu, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak
memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menyatakan bahawa Jabatan Kimia menerima sampel formula susu bayi tiruan untuk dianalisis.
Hamzah berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan analisis untuk mengetahui kandungan sebenar produk tersebut sebelum mengambil tindakan.
Beliau juga berkata pihaknya membincangkan perkara itu lebih lanjut dengan Kementerian Kesihatan kerana pihak berkuasa yang memberi kelulusan menjual susu bayi di pasaran.