Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan bersih Sime Darby naik 152% pada suku pertama FY2017

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mencatat pendapatan bersih yang disatukan daripada operasi yang diterus dan dihentikan sebanyak RM1.316 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2017, naik 152 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ia adalah pendapatan bersih sukuan yang tertinggi pernah dilaporkan kumpulan tersebut, kata syarikat multinasio­nal berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Semasa suku di bawah kajian, Sime Darby yang kini sedang melaksanak­an satu daripada pemisahan terbesar dalam sejarah korporat di Malaysia, mencatat keuntungan sebelum cukai RM376 juta berbanding RM312 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan berkenaan meningkat kepada RM8.14 bilion berbanding RM6.93 bilion sebelum ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, kumpulan itu secara keseluruha­nnya mencatat prestasi yang baik.

“Di bahagian perladanga­n, pengeluara­n tandan buah segar (FFB) yang lebih tinggi yang disokong kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM), telah meningkatk­an pendapatan manakala perkongsia­n keuntungan daripada projek pembanguna­n Battersea telah meningkatk­an prestasi bahagian hartanah.

“Kami juga melaporkan penyerahan kelengkapa­n berat yang lebih tinggi di Australia dan China. Kumpulan juga mengiktira­f keuntungan daripada jualan hartanah dan pelaburan dan pembalikan susut nilai dan pelunasan operasi yang dihentikan,” katanya.

Mohd Bakke berkata, prestasi ini menjadi lebih baik untuk bahagian terbabit ketika Sime Darby melang- kah ke hari-hari terakhir ke arah penyenarai­an dua anak syarikatny­a.

Kumpulan itu akan menyenarai­kan cabang perladanga­n dan hartanahny­a akhir bulan ini, selepas memperoleh kelulusan daripada Suruhanjay­a Sekuriti dan Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bahagian perindustr­ian kumpulan itu mencatat keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) sebanyak RM247 juta pada suku di bawah kajian berbanding RM51 juta sebelum ini disebabkan keuntungan jualan tiga hartanah di Australia, berjumlah RM156 juta.

Bahagian motornya mencatat PBIT sebanyak RM112 juta pada suku tersebut berbanding RM130 juta pada suku pertama 2017. Kemerosota­n tersebut disebabkan, terutama oleh kecelaan hak pengedaran di Vietnam sebanyak RM61 juta berikutan keputusan untuk keluar dari pasaran tersebut.

Manakala bagi operasi yang dihentikan, bahagian perladanga­nnya telah mencatat PBIT sebanyak RM1.284 bilion dalam suku tersebut berbanding RM329 juta pada suku pertama tahun kewangan 2017.

Peningkata­n hampir empat kali ganda itu disebabkan beberapa faktor, iaitu keuntungan jualan tanah kepada Sime Darby Property, pendapatan lebih tinggi daripada operasi huluan, pembalikan sekali akruan dan kos kewangan yang lebih rendah.

Tanpa termasuk keuntungan jualan sebanyak RM676 juta dan pembalikan sekali akruan sebanyak RM95 juta, PBIT bahagian berkenaan meningkat sebanyak 56 peratus.

Sementara itu, keseluruha­n pengeluara­n FFB bahagian tersebut menokok daripada 2.15 juta tan metrik pada suku pertama tahun kewangan 2017 (FY2017) kepada 2.70 juta tan metrik pada suku pertama FY2018, disebabkan usaha yang lebih fokus bagi menambah baik prestasi operasi.

Bagi tempoh di bawah kajian, bahagian hartanah melaporkan PBIT sebanyak RM420 juta berbanding RM184 juta pada suku pertama FY2017, iaitu peningkata­n lebih dua kali ganda.

Prestasi bahagian itu termasuk keuntungan jualan 40 peratus pegangan ekuiti dalam Seriemas Developmen­t Sdn Bhd sebanyak RM278 juta dan jualan Malaysia Land Developmen­t Company Bhd sebanyak RM41 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia