Utusan Borneo (Sarawak)

Maradona rayu satu lagi peluang bimbing Argentina

-

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Bintang legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, mengkritik pasukan semasa Argentina Rabu lepas dan merayu satu lagi peluang untuk membimbing skuad kebangsaan.

Sehari selepas Argentina tewas 2-4 kepada Nigeria pada satu perlawanan persahabat­an di Rusia, Maradona, yang kali terakhir membimbing Argentina di Piala Dunia 2010, mengkritik pasukan semasa menerusi akaun rasmi laman sosial Instagram beliau.

“Saya marah kerana mereka mensia-siakan rekod kami tetapi ia bukan kesilapan pemain,” kata beliau. “Saya mahu kembali (sebagai jurulatih)!”

Maradona, yang ketika ini membimbing kelab AL Fujairah di sini, mengeluark­an statistik 11 jurulatih Argentina yang menunjukka­n kadar kejayaan beliau adalah 75 peratus, malah lebih bagus dari Cesar Luis Menotti, yang memenangi Piala Dunia pada 1978 dan Carlos Bilardo, yang memenangi Piala Dunia pada 1986 ketika Maradona di era kegemilang­annya.

“Siapa menang paling banyak?” soal Maradona. “Kita boleh membuat kesimpulan­nya.”

Maradona membimbing Argentina ke suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, sebelum tewas kepada Jerman.

Jurulatih semasa Argentina, Jorge Sampaoli memulakan kerjayanya dengan turun naik sejak memegang tugas pada bulan Jun, menang empat dari lapan perlawanan pertama tetapi hanya menang sekali dari empat perlawanan kompetetif.

Argentina hanya layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia hasil hatrik Lionel Messi pada perlawanan terakhir kelayakan menentang Ecuador. — Reuters

 ??  ?? MARADONA
MARADONA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia