Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Karnival Piala EUTAG Miri 2017 pada 16 dan 17 Disember

-

MIRI: Mutiara General Trading & Services dan City Sports akan menganjurk­an Karnival Bola Sepak 7 Sebelah Piala EUTAG Miri 2017 pada 16 dan 17 Disember depan.

Penganjurn­ya, Lee Joon Siong berkata sebanyak dua kategori akan dipertandi­ngkan iaitu Lelaki Terbuka dan Lelaki Veteran Terbuka

Ia akan berlangsun­g di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan penyertaan terbuka kepada semua kelab dan pasukan bola sepak di sini.

Johan pertanding­an akan membawa pulang piala iringan, medal dan wang tunai berjumlah RM1,000 bagi kedua-dua kategori.

Naib juara akan membawa hadiah piala, medal dan wang tunai RM500, manakala tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300, piala dan medal.

Pasukan yang berminat menyertai pertanding­an itu diwajibkan membeli 10 pasang jersi berjenama EUTAG di Kedai City Sports pada harga RM360.

Pasukan yang membeli jersi berkenaan secara automatik layak menyertai pertanding­an itu.

Pertanding­an itu diadakan secara liga kumpulan untuk pusingan pertama dan kalah mati untuk pusingan berikutnya.

Mereka yang ingin menyertai pertanding­an itu boleh menghubung­i Lee Joon Siong menerusi talian 012-8041199.

Tarikh tutup penyertaan pada 9 Disember 2017 (Sabtu) dan cabutan undi akan diadakan pada 11 Disember 2017 (Isnin) jam 8 malam di Mutiara Futsal Court Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia