Utusan Borneo (Sarawak)

AJK SUPP digesa bersatu dan ketepi agenda peribadi

-

MIRI: Exco Lembaga Kebajikan Anak- Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Miri yang baharu dilantik bakal memberi fokus kepada pendekatan kecemerlan­gan akademik anak-anak Kompleks Kebajikan Hamidah (KKH) dalam tempoh tiga tahun pelantikan ahli Exco.

Pengerusi Exco PERYATIM Miri Kaunselor Julaihi Mohamad berkata matlamat utama Exco baharu agar anak yang tinggal dan dibesarkan di KKH mendapat pendidikan sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Usaha itu bukan berhenti setakat ini sahaja, malah kami akan mendorong anak-anak ini meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu ke universiti.

“Beberapa program berunsurka­n pendidikan akan dirangka tahun depan bagi menjayakan misi utama tersebut terutama program menjelang peperiksaa­n utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Menyemai Kasih ahli Exco baharu PERYATIM bersama penghuni KKH di kompleks tersebut di sini malam kelmarin.

Majlis ini merupakan pertama kali diadakan bagi memperkena­lkan ahli Exco PERYATIM baharu kepada anak-anak KKH.

Julaihi berkata pelantikan sebagai pengerusi Exco PERYATIM Miri adalah untuk tempoh tiga tahun iaitu bermula 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2020.

“Pelantikan ahli Exco kali ini saya memilih muka baharu dan muda agar lebih banyak idea baharu dapat disumbang sarankan demi pembanguna­n KKH pada masa akan datang.

“Seramai 12 ahli Exco dilantik terdiri daripada mereka yang pelbagai latar belakang pekerjaan di Miri dan sebanyak lapan jawatankua­sa ditubuhkan,” katanya.

Selain pendidikan, jawatankua­sa lain ditubuhkan ialah keselamata­n, kesihatan dan kebersihan, pengajian al-Quran dan agama, kemahiran hidup, kehijauan dan keceriaan, sukan dan rekreasi serta sosial dan kemasyarak­atan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengurus KKH Miri Shamsiah Sanai Tahir. KAPIT: Ahli jawatankua­sa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kapit baharu dilantik untuk sesi tahun 2018-2020 digesa supaya bersatu dan mengetepi agenda peribadi.

Pengerusin­ya James Ling Thian Ing berkata, ia penting bagi memastikan parti sentiasa relevan dalam era globalisas­i penuh cabaran.

“Seperti kita sedia maklum, setiap pemimpin datang dan pergi, namun parti masih kekal.

“Hakikatnya, kita yang berada dalam jawatankua­sa ini harus memberi sumbangan masing-masing dengan harapan parti terus kekal relevan dalam era yang penuh mencabar,” tegasnya.

Ling berkata demikian pada mesyuarat pertama jawatankua­sa SUPP Kapit di sebuah restoran di sini, barubaru ini.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli parti supaya mengetepik­an perbezaan dan menghormat­i keputusan majoriti.

“Kita harus bekerja bersama-sama dengan semangat perpaduan kerana ia adalah kekuatan dalam parti.

“Oleh itu, kita harus membentuk satu pasukan kuat dalam mengharung­i apa jua cabaran mendatang,” ujarnya.

Ling menggesa rakyat di kawasan Parlimen Kapit dan Hulu Rejang terus memberi sokongan kuat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“SUPP sebagai parti komponen BN harus bekerjasam­a dengan jentera pilihan raya BN bagi memastikan keduadua calon BN menang dengan majoriti yang besar pada PRU akan datang,” jelasnya.

Penyandang kerusi Parlimen Kapit ialah Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang ialah Datuk Wilson Ugak Kumbong.

 ??  ?? TERUS BERSATU: Ling (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa SUPP Kapit pada mesyuarat pertama parti di sini.
TERUS BERSATU: Ling (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa SUPP Kapit pada mesyuarat pertama parti di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia