Utusan Borneo (Sarawak)

UPP telah menghantar senarai nama calon PRU14 kepada pucuk kepimpinan tertinggi

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengesahka­n telah menghantar senarai nama calon bagi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) kepada pucuk kepimpinan tertinggi pusat dan negeri.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh yang enggan mengulas lanjut mengenai jumlah calon parti bagaimanap­un berkata, ia terpulang kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional ( BN) mengumumka­nnya.

“Kami telah kemukakan senarai nama calon parti ke- pada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Namun pada akhirnya mereka yang akan memutuskan mengenai calon dan akan mendedahka­nnya nanti, namun apa yang pasti calon kami adalah berdasarka­n calon boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presidenny­a Datuk Dr Jerip Susil, dua Naib Presiden Kanan Datuk Ranum Mina dan Datuk Tiong Thai King serta Ketua Pemuda UPP Dr Johnical Rayong Ngipa di DUN, semalam.

Wong berkata, parti bagaimanap­un menerima keputusan daripada kepimpinan sekiranya calon mereka tidak diterima.

“UPP mempunyai perwakilan yang lebih besar di kalangan masyarakat Bumiputera dan kami mewakili kawasan pinggir bandar Mambong dan kawasan yang lebih jauh dari bandar Opar dan Engkilili.

“Dalam kawasan bandar, UPP kuat di wilayah tengah Sarawak dan kami memuji sokongan yang berakar umbi di Sibu, Bintangor dan Sarikei.

“Parti politik memang penting tetapi pada akhirnya, sokongan rakyat yang akan memastikan parti politik relevan atau tidak,” katanya sambil memberitah­u dalam politik, semua kumpulan mesti diberi tempat dan bukannya dibendung atau diketepika­n.

Katanya sebelum ini Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), khususnya Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian sentiasa bercakap mengenai kerjasama hanya di antara empat parti komponen Barisan Nasional (BN) sahaja, selain bercakap mengenai SUPP mendapatka­n kesemua tujuh kerusi dalam Pilihan Raya Parlimen akan datang.

Menurut Wong apa yang penting adalah bekerjasam­a untuk menentang cabaran umum, jika tidak tanggung akibat daripada tidak bekerjasam­a.

“Jika kita tidak dapat bekerjasam­a, masa depan bukan apa yang semua kita mahu lihat dan untuk mendapatka­n sokongan rakyat serta memenangi pilihan raya, bawalah UPP masuk,” katanya.

Beliau berkata UPP ada untuk mendapatka­n sokongan rakyat demi kebaikan semua dalam keluarga besar BN.

“Bagaimanap­un keputusan terakhir mengenai peruntukan kerusi akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri kita,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia